adidas Running memperkenalkan rona baru iaitu biru misteri dalam koleksi UltraBOOST X untuk musim luruh/ sejuk 2017 (FW17). Ia direkacipta khusus untuk bentuk kaki wanita yang unik dan untuk prestasi berlari yang lebih hebat.
Dilancarkan awal tahun ini, UltraBOOST X adalah kasut lari adidas yang berprestasi tinggi dengan rupa bentuk yang unik buat pelari wanita. Lengkungan dinamik atau Dynamic Arch yang menonjol dengan kaki tengah (midfoot) dan Primeknit upper membolehkan kasut menyesuaikan bentuk kepada kaki untuk keselesaan dan sokongan.
Kasut ini diperbuat dengan teknologi inovasi adidas iaitu sistem ARAMIS, sejenis teknologi pengesan pergerakan (motion-tracking) yang memberikan analisis pergerakan kaki yang terperinci. Kasut ini direkacipta untuk kaki wanita, dengan fokus kepada bahagian kaki yang memerlukan sokongan dan pengembangan (natural expansion).
Inovasi utama yang ditampilkan dalam UltraBOOST X termasuk:
- Dynamic Arch– direka mengikut lengkung (arch) kaki wanita dan menyesuaikan bentuk kepada lengkungan kaki apabila berlari.
- Primeknit upper– mendakap kaki untuk sokongan tambahan, dan corak tenunan di hujung kaki memastikan aliran udara.
- 100% tapak tengah (midsole) Boost – tapak tengah diperbuat daripada bahan Boost yang amat responsif, selesa dan memberikan kusyen serta pulangan tenaga yang maksima dalam setiap langkah.
- Continental Rubber 4-way stretch web outsole – tapak luar dengan cengkaman mantap bagi gait wanita, dalam apa jua keadaan.
adidas #UltraBOOSTX boleh didapati dengan harga RM899 sepasang di adidas.com/ultraboostx dan kedai-kedai adidas yang terpilih mulai sekarang.