Home / Berita Terkini / Larian Amal HOT & COLD Tingkatkan Kesedaran Tentang HIV dan AIDS

Larian Amal HOT & COLD Tingkatkan Kesedaran Tentang HIV dan AIDS

Hot_And_Cold_Run_009

Kuala Lumpur 16 Julai 2017 – Kira-kira 1,700 peserta menyertai larian ‘Hot and Cold’ anjuran Yayasan AIDS Malaysia yang diadakan di kampus utama Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur pagi ini.

Hot_And_Cold_Run_006

Selain menyuntik kesedaran mengenai HIV dan AIDS, program yang julung kali diadakan Yayasan AIDS dengan kerjasama Fakulti Perubatan UM ini bertujuan mengumpul dana dimana hasil kutipan akan disumbangkan untuk membantu rawatan dan jagaan mereka yang hidup dengan HIV dan AIDS.

Hot_And_Cold_Run_003

Larian dimeriahkan oleh dua Ikon Belia Ikon Belia Hidup Sihat Tanpa AIDS, iaitu Jeff Lau dan Jerry Song yang turut menterajui larian kompetitif 10km.

Hot_And_Cold_Run_004

Kedua-dua anak muda ini telah menyahut cabaran Yayasan AIDS Malaysia (MAF) HOT & COLD Ultra Challenge 2017 pada awal tahun ini dalam usaha membanteras AIDS.

Dalam cabaran tersebut, Jerry Song (21) dan Jeff Lau (26) masing-masing telah bertanding di dalam dua perlumbaan yang paling sukar di dunia iaitu acara 4 Deserts Gobi March China (2017) dan 9th 6633 Arctic Ultra. Cabaran tersebut bertujuan untuk mengumpul dana dan juga memerangi AIDS di kalangan golongan belia.

Hot_And_Cold_Run_002

Jerry Song (Kiri, dalam gambar di atas) telah menamatkan larian ultra Goby March sejauh 250km dalam masa tujuh hari di laluan Silk Road di daerah Xinjiang, China.

Hot_And_Cold_Run_007

Jeff Lau (gambar di atas) adalah rakyat Malaysia yang pertama menamatkan larian 6633 Arctic Ultra, satu larian sejauh 563km yang paling sukar dalam keadaan cuaca yang sejuk dan berangin kencang. Sebelum ini dia telah menamatkan Marathon des Sables sebanyak dua kali.

Hot_And_Cold_Run_008

Menurut Profesor Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman, Pengerusi MAF dan Dekan Perubatan, UM, “Golongan muda  berumur 13-29 tahun meliputi satu pertiga daripada jangkitan HIV baru dalam setahun dan risiko jangkitan adalah semakin meningkat. Keadaan ini amat membimbangkan dan MAF berharap dapat memperkasakan program membanteras AIDS diterajui oleh ikon belia seperti mereka berdua.”

Hot_And_Cold_Run_001

Larian Amal HOT & COLD 2017 disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan ditaja oleh Penaja Emas- AbbVie, Johnson & Johnson, Lee Foundation, dan Pharmaniaga Berhad; Penaja Perak – Cocoaland Sdn Bhd; dan Rakan Latihan Rintangan Rasmi, Sanctband Active; dan juga penaja-penaja lain.

Hot_And_Cold_Run_005

Dana yang diperolehi daripada acara larian amal ini akan disalurkan kepada MAF dan Tabung Pembangunan Fakulti Perubatan UM.

Program MAF HOT & COLD Ultra Challenge 2017 masih mengalu-alukan sumbangan daripada  orang ramai secara online melalui https://simplygiving.com/event/mafhnc2017.

Foto ihsan: Tey Eng Tiong dan MAF.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!