Home / Artikel Menarik / Takluki Dunia Pengembaraan Anda dengan Koleksi Terbaharu SKECHERS GOrun Outdoor Trail dan Max Cushioning

Takluki Dunia Pengembaraan Anda dengan Koleksi Terbaharu SKECHERS GOrun Outdoor Trail dan Max Cushioning

Skechers, yang juga dikenali sebagai Comfort Technology Company™ dan peneraju global kasut gaya hidup dan prestasi, dengan bangganya memperkenalkan koleksi baru Skechers GOrun® Outdoor Trail Collection dan GOrun® Max Cushioning Collection untuk wanita dan lelaki. Direka untuk pencinta alam yang inginkan kasut yang selesa, tahan lama dan bergaya semasa pengembaraan dan larian mereka, koleksi ini menggabungkan teknologi terkini Skechers dengan rekaan yang menarik perhatian.

Koleksi GOrun® Outdoor Trail menampilkan pelbagai pilihan kasut larian trail yang lasak dan ringan, semuanya direka dengan teliti menggunakan teknologi inovatif Skechers:

  • Skechers Air-Cooled Memory Foam®: Tapak dalaman yang memastikan pengudaraan optimum.
  • Relaxed Fit®: Memberikan ruang yang lebih luas di bahagian jari kaki, membolehkan pergerakan semula jadi dan keselesaan sepanjang pengembaraan anda.
  • Skechers Air-Cooled Goga Mat™: Menambah lagi keselesaan dengan daya kusyen tinggi yang melantun.

Setiap pasangan kasut direka dengan teliti untuk memberikan cengkaman, daya kusyen, dan pengudaraan yang hebat, memastikan ia sesuai dipakai untuk menghadapi pelbagai jenis permukaan—sama ada jalan denai hutan yang tenang atau laluan gunung yang mencabar.

Skechers Relaxed Fit®: D’Lux Journey | RM459 (Untuk Lelaki & Wanita)

Lakukan aktiviti luar dengan penuh keyakinan dengan Skechers Relaxed Fit®: D’Lux Journey, siluet klasik yang direka semula untuk rutin senaman luar harian anda. Menampilkan ketinggian dua inci dan tapak luar berwarna-warni dengan cengkaman fleksibel. Dipadankan dengan tapak dalam Skechers Air-Cooled Memory Foam® yang empuk untuk keselesaan maksimum dan Relaxed Fit® untuk keselesaan ruang yang lebih luas di jari kaki dan bahagian hadapan kaki.

D’Lux Journey Black Yellow (Lelaki)
D’Lux Journey Charcoal Purple (Wanita)

Skechers GOrun® Trail Altitude 2.0 | RM399 (Untuk Lelaki & Wanita)

Takluki laluan denai dengan selesa menggunakan Skechers GOrun® Trail Altitude 2.0 – Marble Rock 3.0. Kasut trail dengan ketebalan satu setengah inci ini dilengkapi dengan bahagian atas daripada air mesh dan kulit overlay, menampilkan tapak dalam Skechers Air-Cooled Goga Mat™ yang berdaya lantun dan kusyen tapak tengah ULTRA LIGHT yang responsif. Tapak luar yang tahan lama dan fleksibel dengan lug cengkaman pelbagai arah memastikan anda bersedia untuk menghadapi sebarang jenis permukaan dengan kestabilan tambahan.

GOrun Trail Altitude 2.0 Grey Black (Lelaki)
GO Run Trail Altitude 2.0 Grey Pink (Wanita)

Skechers Switch Back – Cascades | RM429 (Wanita)

Jelajahi laluan dengan keselesaan sporty dan bergaya menggunakan Skechers Switch Back – Cascades. Kasut kasual ini menampilkan bahagian atas mesh dan sintetik yang kemas, memastikan pengudaraan dan sokongan semasa anda menjalani pengembaraan. Dengan tapak tengah yang empuk dan menyerap hentakan serta tapak luar fleksibel dengan cengkaman tinggi, anda boleh mengatasi pelbagai permukaan dengan penuh keyakinan.

Tapak dalam Skechers Air-Cooled Memory Foam® yang empuk menambah lapisan keselesaan tambahan, manakala ketinggian tumit satu setengah inci memberikan ketinggian yang sesuai untuk gabungan gaya dan fungsi yang sempurna.

Tersedia dalam warna Natural Grey dan Black Charcoal.

Switch Back Natural Grey (Wanita)

Max Cushioning Premier Trail 2.0 | RM499 (Lelaki)

Maksimumkan keselesaan anda dengan Skechers Max Cushioning® Premier Trail 2.0, kasut prestasi yang direka untuk sokongan yang luar biasa. Kasut ini menampilkan bahagian atas mesh kalis air yang direka khas untuk laluan yang mencabar dan kusyen ULTRA GO® yang ringan serta tapak dalaman Skechers Air-Cooled Goga Mat™ yang bernafas untuk keselesaan tambahan. Tapak tengah Max Cushioning® platform meningkatkan pengalaman anda dengan sokongan yang luar biasa, manakala tapak luar getah Goodyear® yang tahan lama memastikan cengkaman, kestabilan, dan ketahanan yang unggul.

Tersedia dalam warna Black Natural, Charcoal, dan Olive Multi.

Premier Trail Black Natural (Lelaki)

Dengan harga bermula dari RM399, Koleksi Skechers GOrun® Outdoor Trail akan tersedia di kedai dalam talian Skechers, Shopee, Lazada dan di beberapa kedai konsep Skechers terpilih, termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Exchange TRX dan 1 Utama Shopping Centre.

Duta Jenama Serantau Skechers, Cha Eun-woo kelihatan bergaya dan selesa dengan Max Cushioning Propulsion.

Koleksi GOrun® Max Cushioning

Rasai keselesaan kusyen yang tiada tandingan semasa latihan kardio dalaman dan luaran anda dengan Koleksi GOrun® Max Cushioning, direka untuk meningkatkan keselesaan untuk pemakaian harian dan rutin aktif. Koleksi ini menampilkan:

  • Rekaan eksklusif Heel Pillow™ untuk memberikan keselesaan dan padanan yang selamat.
  • Tapak dalam Air-Cooled Goga Mat™ yang bernafas untuk daya kusyen yang tinggi.
  • Tapak dalam Skechers Air-Cooled Memory Foam® untuk pengudaraan optimum.
  • Teknologi Skechers Natural Rocker Technology® untuk peralihan tumit ke jari kaki yang lancar, menjadikan setiap langkah terasa mudah.
  • Tapak luar Goodyear® Performance yang tahan lama untuk cengkaman dan kestabilan yang ditingkatkan.

Max Cushioning Premier 2.0 – Alora | RM539

Skechers Hands Free Slip-ins®: Max Cushioning Premier 2.0™ – Alora direka untuk keselesaan yang tiada tandingan. Kasut larian anti-slip ini menampilkan bahagian atas mesh yang direka khas dengan sistem Skechers Hands Free Slip-in® yang mudah dan bertali di bahagian depan, dilengkapi dengan Exclusive Heel Pillow™ untuk sokongan tambahan.

Ia menampilkan tapak dalaman Skechers Air-Cooled Memory Foam® dan tapak tengah Max Cushioning® berwarna kontras. Kasut ini juga mempunyai ketinggian tumit satu setengah inci dengan kusyen ULTRA GO® yang ringan dan Skechers Soft Stride™ foam untuk memberikan keselesaan dalam setiap langkah anda.

Tersedia dalam warna Black Pink, Light Grey Orange, dan Navy Lavender

Max Cushioning Premier 2.0 Black Pink (Wanita)

Max Cushioning Propulsion | RM539

Melangkah dengan penuh keyakinan menggunakan Skechers Max Cushioning® Propulsion yang direka untuk pemulangan tenaga maksimum. Tapak dalaman Skechers Air-Cooled Goga Mat™ memberikan kusyen yang luar biasa, ditingkatkan dengan dua bahagian ULTRA FLIGHT® dan plat pertengahan tapak TPU yang memastikan ia responsif dengan pergerakan anda. Rekaannya dilengkapi dengan Skechers Natural Rocker Technology® dan tapak luar Goodyear® Performance yang tahan lama, menyediakan cengkaman dan kestabilan yang mantap.

Tersedia dalam warna Red, Black Grey dan White Multi.

Max Cushioning Propulsion Red (Lelaki)

Dengan harga bermula dari RM539, Koleksi Skechers GOrun® Max Cushioning kini tersedia di kedai dalam talian Skechers,, Shopee, Lazada dan kedai konsep terpilih di Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Exchange TRX dan 1 Utama Shopping Centre.

Check Also

Acara Ikonik MILO® Malaysia Breakfast Day Kembali Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-75 MILO® di Malaysia

Share this on WhatsApp MILO® dengan bangganya mengumumkan kembalian MILO® Malaysia Breakfast Day (MBD) yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!