Home / Artikel Menarik / adidas Memperkenalkan Supernova Rise 2: Keselesaan Maksimum untuk Larian Sehari-hari

adidas Memperkenalkan Supernova Rise 2: Keselesaan Maksimum untuk Larian Sehari-hari

Kuala Lumpur, 7 Mac 2025 – adidas telah melancarkan Supernova Rise 2, model terbaru dalam siri Supernova yang memberi tumpuan kepada keselesaan. Model ini hadir dengan warna grey/silver/glow blue yang direka khas untuk lelaki dan grey/silver/violet untuk wanita, menonjolkan kemajuan besar dalam teknologi kasut larian, dengan fokus kepada keselesaan dan prestasi untuk pelbagai jenis pelari.

Ciri Utama Supernova Rise 2:

  • Engineered Mesh Upper: Fabrik mesh sandwich yang diperbaharui untuk meningkatkan pengaliran udara serta mendakap kaki untuk sokongan and pergerakan yang lebih baik. Bahagian atas yang diperbaharui ini juga 4% lebih ringan berbanding model sebelum ini, hasil daripada reka bentuk mesh yang dioptimumkan dan bahagian tumit (heel pillow) yang lebih streamlined.
  • Reka Bentuk Tumit yang Diperbaharui: Bahagian tumit direka semula dengan kolar busa yang diperbaharui untuk keselesaan dan sokongan yang lebih baik.

Ciri Asas yang Dikekalkan:

  • DREAMSTRIKE+ Midsole: Diilhamkan oleh midsole LIGHTSTRIKE PRO dalam siri ADIZERO, DREAMSTRIKE+ menawarkan kusyen luar biasa dan keselesaan melalui formula terkini.
  • Support Rods: Disepadukan ke dalam midsole untuk menyokong peralihan tumit ke jari kaki dan memastikan kestabilan.
  • ADIWEAR Outsole: Diperbuat daripada getah tahan lama untuk cengkaman optimum pada pelbagai permukaan jalan raya.

Supernova Comfort Zone di Sunway Pyramid

Untuk memperkenalkan teknologi Supernova Rise 2, adidas akan mengadakan aktiviti “Supernova Comfort Zone” di Sunway Pyramid dari 14 hingga 16 Mac 2025. Aktiviti interaktif seperti Runners Warm-Up Zone, Treadmill Challenge, dan penebusan barangan eksklusif akan diadakan untuk membolehkan anda merasai sendiri teknologi keselesaan kasut ini.

Butiran Acara:

  • Lokasi: Water Feature Area, Ground Floor, Sunway Pyramid
  • Tarikh: 14 – 16 Mac 2025
  • Waktu: 10.00 pagi – 10.00 malam

Supernova Rise 2 boleh didapati dengan harga RM599 di lokasi runcit adidas, aplikasi adidas, dan platform dalam talian mulai 7 Mac.

Untuk maklumat lanjut, lawati https://www.adidas.com.my/en/supernova atau ikuti @adidasMY di Instagram.

Check Also

Standard Chartered Singapore Marathon™ 2025 Hadir dengan Format Dua Hari yang Lebih Menarik

Share this on WhatsApp Singapura, 15 April 2025 – Standard Chartered Singapore Marathon™ (SCSM), perlumbaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!