Home / Berita Terkini / KLSCM 2023 Edisi ke-15 Terima Pengiktirafan ‘Road Race Label’

KLSCM 2023 Edisi ke-15 Terima Pengiktirafan ‘Road Race Label’

Kuala Lumpur, 28 April 2023 – Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) bakal kembali dengan edisi ke-15 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada 30 September dan 1 Oktober. Acara perlumbaan lari jarak jauh tersebut telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh hari ini. Uniknya edisi kali ini, acara ini telah dianugerahkan ‘Road Race Label’ oleh badan induk Olahraga Dunia (World Atheletics/ IAAF) , menjadikannya acara larian pertama di Malaysia dan kelima di Asia Tenggara untuk menerima pengiktirafan yang berprestij tersebut.

“Kami merasa gembira kerana memperolehi ‘Road Race Label’ daripada World Athletics, yang merupakan pengiktirafan antarabangsa berprestif yang akan menambahkan keyakinan para pelari untuk menyertai acara ini,” kata Rainer Biemans, Pengarah Projek KLSCM dan Pengarah Dirigo Events.

Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh diberi penghormatan untuk melancarkan pendaftaran awam secara rasmi untuk KLSCM 2023. “Saya benar-benar berbesar hati kerana dijemput untuk menyertai acara larian yang terbesar di Malaysia,” kata Hannah.

“Saya difahamkan KLSCM telah menemui bakat pelari seperti Muhaizar Mohamad, yang pernah memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA edisi 2017 dan 2019 sebagai wakil tunggal Malaysia dalam kategori Marathon Penuh, serta Sheela Samivellu, yang memegang rekod kebangsaan untuk Half Marathon Wanita sejak edisi KLSCM 2016,” kata Hannah.

Edisi ini juga adalah tahun ke-15 Standard Chartered Malaysia kembali sebagai penaja utama, yang merupakan manifestasi hebat slogan korporatnya, Here For Good. Bank telah menjadi penyokong teguh acara itu sejak penganjurannya pada tahun 2009 dan merupakan faktor utama di sebalik kejayaannya.

“Saya tidak dapat melupakan acara tahun lepas kerana ia adalah kali pertama saya berlari dalam kategori 10km bersama isteri dan anak saya. Pengalaman itu memberi saya perspektif yang lebih luas tentang acara itu, dan saya masih teringat dengan kemeriahan suasana yang dirasai oleh semua pelari terutamanya pada kilometer terakhir sebelum garisan penamat. Saya tidak sabar-sabar untuk melihat lebih banyak kenangan manis yang akan tercipta pada edisi ulang tahun ke-15 nanti,” sambung Mak.

Ini menandakan permulaan perjalanan kelestarian KLSCM, dan pasukan penganjur berhasrat untuk terus melaksanakan inisiatif baharu pada tahun-tahun berikutnya untuk menjadikan acara itu lebih mesra alam.

Dengan rakan kongsi pakaian baharu Pressio dari UK, KLSCM juga berharap dapat meningkatkan usaha pemuliharaan alam sekitar kerana jenama itu menngunakan bahan dan teknologi yang lebih mesra alam bagi pengilangan pakaian, termasuk menggunakan benang kitar semula, tidak menggunakan proses pencelup warna & bahan biodegradasi yang lengkap dengan sistem pengesanan.

KLSCM 2023 juga akan menyaksikan kembalinya Gold Sponsor Boost Juice Malaysia, bersama rakan kongsi rasmi Seiko, Brooks, 100 Plus dan TudungPeople. Acara itu turut disokong oleh penaja tapak acara DBKL, persatuan olahraga MAF dan FTKLAA, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta Polis Trafik Kuala Lumpur.

Untuk menggalakkan lebih ramai peserta mengambil bahagian dalam acara larian ini, Standard Chartered akan menawarkan diskaun 10% untuk pemegang kad debit dan kredit, dan diskaun 15% untuk pemegang kad debit dan kredit Priority dan Worldmiles semasa pendaftaran untuk KLSCM. Selain itu, pelanggan Standard Chartered akan mendapat peluang untuk memenangi tiga hadiah utama iaitu pakej percutian 4 hari 3 malam untuk menyertai Marathon Taipei Standard Chartered manakala 1,000 slot larian KLSCM bernilai sehingga RM120 akan diberikan kepada pemenang lain. Untuk maklumat lanjut tentang kempen, sila layari sc.com/my/klscm.

Untuk maklumat lanjut mengenai KLSCM, sila layari:
Facebook : http://www.facebook.com/SCKLmarathon
Twitter : http://www.twitter.com/SCKLmarathon
Instagram : https://instagram.com/SCKLmarathon
Laman web: http://www.kl-marathon.com

Kredit foto: Actionpix Malaysia

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!