Home / Berita Terkini / IJM HALF MARATHON 2016 Perkenal Trofi Cabaran

IJM HALF MARATHON 2016 Perkenal Trofi Cabaran

IJM_Half_Marathon_001

Seremban, 22 Julai 2016 – Larian tahunan, IJM Land Half Marathon kembali lagi dengan acara yang lebih besar, menarik dan pantas!

Buat kali pertama tahun ini, trofi cabaran IJM Land Half Marathon diperkenalkan untuk pelari lelaki dan wanita yang terpantas. Dengan objektif untuk meraikan kecemerlangan pelari-pelari, trofi ini akan dianugerahkan kepada juara kategori lelaki dan wanita yang berjaya mempertahankan kemenganan mereka dalam tiga tahun bertutur-turut, bermula tahun ini.

Dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 14 Ogos 2016, IJM Land Half Marathon 2016 mendapat sambutan yang menggalakan daripada komuniti pelari dan orang ramai. Pendaftaran telah ditutup dengan tercapainya sasaran 6,000 penyertaan.

“Kami amat sukacita untuk meperkenalkan trofi cabaran IJM Land Half Marathon untuk menyemarakkan lagi semangat pertandingan di kalangan pelari-pelari. Diharapkan dengan adanya trofi ini, kita dapat memberi dorongan kepapa pelari untuk berlatih dengan lebih keras,” kata En. Hoo Kim See, Pengurus Besar Senior di IJM Land, di majlis makan tengahari bersama media dan penaja yang dianjurkan hari ini.

Di majlis yang sama, penaja taraf Platinum, BMW Millennium Welt Seremban dengan rasminya menyerahkan beg goodie kepada IJM Land. Beg goodie istimewa ini, termasuk pingat penamat dan sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap pelari yang berjaya menamatkan larian tanpa mengira kategori penyertaan.

Penaja utama Sworke juga menyumbangkan kaca mata Sworke – 60 pasang Sworke Optimus (2 frame dengan kanta Revo) untuk pemenang pertama sehingga ke-10 dalam 6 kategori yang dipertandingkan dan 10 pasang Sworke Primus dengan kanta Polarised untuk cabutan bertuah.

IJM Land Half Marathon 2016 bakal menampilkan kategori lumba 21KM (Half Marathon) untuk lelaki dan wanita berumur 18 tahun dan ke atas, acara lumba 10km untuk peserta muda berumur 12 sehingga 17 tahun dan serta larian ceria 10km years untuk orang ramai.

IJM_Half_Marathon_002

Para pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan pada hari tersebut seperti pemeriksaan kesihatan percuma, konsultasi ubat tradisional Cina, pemeriksaan tulang belakang dan postur, kempen memderma organ dan khidmat melekat, KT taping percuma untuk pelari. Hadiah cabutan bertuah yang lumayan bernilai lebih RM 25,000 turut disediakan pada hari tersebut.

Suasana karnival bertambah meriah dengan popcorn, gula-gula kapas, belon dan banyak lagi daripada tajaan BMW Millennium Welt Seremban, Sworke, TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, McDonald’s dan Spine & Joint. Acara ini disokong oleh rakan media Sin Chew Daily, rakan perubatan SEHAT Medical Wellness Centre, rakan teknikal The Event Crew (TEC) dan pakaian rasmi, Reverse.

Untuk maklumat lanjut tentang IJM Land Half Marathon 2016, sila layari www.ijmlandrun.com.

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!