Jenama sukan global, PUMA, menganjurkan sebuah majlis eksklusif untuk memperagakan koleksi Spring/Summer 2017 kepada media, fashionista dan blogger di The Slate baru-baru ini. Jom kita lihat apa yang boleh didapati di kedai-kedai PUMA nanti…
Koleksi “The Swan Pack” adalah diilhamkan oleh kelembutan dan kekuatan tarian ballet.
“The Swan Pack” mempamerkan gaya dan perincian Sportstyle PUMA yang “fierce”.
Koleksi Puma FUTURE IS FEMALE memperkasakan wanita untuk tidak berkompromi tentang gaya dan cara hidup mereka.
Kasut lari terbaru PUMA IGNITE 3 PWRCool direka untuk pelari yang versatil.
Rangkaian kasut IGNITE Limitless dan IGNITE 3 evoKNIT untuk pelari-pelari kota yang bergaya.
Rangkaian PUMA Sportstyle terdiri daripada Mostro, Careaux dan Basket Heart. Koleksi yang harus dimiliki oleh setiap peminat sneakers.
Koleksi Suede dan Tsugi menyerlahkan gaya moden dengan sentuhan sofistikasi.
Kolaborasi CAREAUX x PUMA menampilkan sentuhan romantik dengan ilustrasi Jepun yang “bold”.
Di bawah label PUMA Select, kolaborasi dengan Daily Paper, Stampd dan Staple meneruskan evolusi kemewahan kontemporari dan inovasi prestasi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.puma.com