Home / Artikel Menarik / 5 Lagu BERLARI yang Harus Ada Dalam Playlist Anda

5 Lagu BERLARI yang Harus Ada Dalam Playlist Anda

Tidak disangkal muzik boleh menjadi teman waktu berlari yang bukan saja melawan kebosanan, malah dapat meningkat prestasi larian. Di sini kami senaraikan lima buah lagu yang menjadi kegemaran dalam playlist berlari #jomkitalari.

1. Berlari – Aerif Azmin Ft. Aizat Amdan

“Ku berlari kejar mimpi. Ku berlari tanpa henti. Biarpun apa terjadi. Ku tak akan berhenti…”

Lagu rap oleh Aerif Azmin ini best dibuat LSD. Rentak mid-tempo dengan hook yang sangat catchy, sentuhan Aizat Amdan. Kami jatuh cinta dengan melodinya pertama kali mendengarnya. ‘Berlari” terus menjadi lagu favourite dalam playlist larian harian.

Lirik yang real, membayangkan kehidupan seorang struggling artist. Sangat relevan kepada sesiapa jua dalam kehidupan yang penuh cabaran.

Terus berdoa…Terus berlari!

2. Terus Berlari – Judika

“Hidup tak mungkin ada yang mudah, Cobaan selalu datang menerpa
Terkadang ragu, Mampukah aku tuk terus melangkah?”

Jangan risau apabika keyakinan diri yang goyah, lebih-lebih lagi apabila didatangi pelbagai cubaan. Penyannyi lelaki popular, Judika akan datang menyelamatkankan anda. Dengan suaranya yang lantang mendorong anda terus berlari…maju ke hadapan untuk meraih mimpi. Lagu paling sesuai dimainkan di km-35 marathon anda!

Lagu ini dimuatkan di dalam album Hati & Cinta (2014).

3. Dua Kaki Berlari – Monalyssa

Lagu ‘Dua Belah Kaki Berlari’ yang menjadi taruhan satu-satunya band finalis Projek Muzik Hot FM membawa tuah apabila Monalyssa dipilih menjuarai pertandingan itu dalam tahun 2015. Super catchy!

“Dua belah kaki berlari, berlari dengan penuh hati. Seketika aku terjatuh, hati terpaku memikirkanmu…”

4. Ku Berlari – Firdaus feat. Cat Farish & Akbar

“Takkan berhenti wujudkan mimpi…Terus berlari agar hidup ini terus bererti…”.

Lagu ini dimuatkan di dalam album kumpulan Nasyid, Firdaus yang berjudul Dunia Yang Lebih Indah (2006). “Feel” lagu ini memberikan mesej motivasi untuk setiap manusia agar tidak berhenti dalam mengejar impian masing-masing. Dengan menyelitkan sedikit elemen pop dan rap dalam susunan muziknya, lagu ini memang lain daripada yang lain dan lebih segar untuk didengari.

Hebat, kan? Lagu nasyid boleh juga dibuat berlari.

5. Berlari – Tomok

Lagu nyanyian Tomok ini pernah menjadi finalis Anugerah Juara Juara Lagu 25. Walaupun berirama rancak, sebenarnya lirik lagu ini menggambarkan seseorang yang baru putus cinta. Walaupun sedih, kini si penyanyi bebas untuk berlari untuk mencari impian yang terkunci. Dah move on gitu…

Kehidupan memang sama seperti berlari. Semasa kaki melangkah ke depan, kita juga harus melepaskan kaki belakang dari tanah untuk mara berlari. Dalam hidup, kita harus melepaskan apa yang telah berlalu untuk terus maju ke depan. Bukan begitu?

Bagaimana lagu-lagu pilihan kami? Best? Ada lagi lagu-lagu BERLARI yang kami tak senaraikan di sini? Sila beritahu kami dengan meninggalkan komen anda!

#JOMKITALARI

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!