Home / Artikel Menarik / FR645 – GARMIN Pertama dengan Ciri Muzik

FR645 – GARMIN Pertama dengan Ciri Muzik

fr365

Garmin telah mengumumkan pelancaran Garmin Forerunner FR645 – untuk menggantikan model popular Garmin FR630 – dengan dua versi: FR645 dan FR645 music.

Perubahan pertama adalah pada rupabentuk di mana ia menampilkan bezel logam, gelas paparan yang diperkuatkan secara kimia dan band/ tas yang boleh ditukar-tukar umpama ciri Apple Watch, sesuai untuk kegunaan berlari dan juga dipakai semasa aktiviti sepanjang hari.

fr365_and_headphones

Ciri yang dinanti-nantikan adalah ciri muzik. Ramai pelari yang gemar mendengar muzik ketika berlari tetapi tidak ingin membawa telefon atau pemain mp3 bersama mereka. FR645 didatangkan dengan storan yang cukup untuk menyimpan 500 lagu dan pemain-balik muzik melalui BlueTooth.

Ketika diumumkan FR645 juga mampu membuat pengstriman muzik dari khidmat strim muzik Deezer dan iHeartRadio di pasaran Amerika Syarikat. Masih belum diketahui jika ia disokong oleh khidmat strim tempatan.

fr365_zoom

Model ini juga mempunyai fungsi Garmin Pay, satu khidmat bayaran NFC contactless.

Antara spesifikasi dan fungsi FR645 adalah GPS, fungsi dinamik berlari, pengesan nadi 24jam, muka jam yang boleh diubah mengikut citarasa si pemakai.

Hayat bateri dijangkakan 7 hari untuk kegunaan normal,  14 jam dengan GPS sahaja dan 5 jam dengan penggunaan GPS bersama muzik.

Forerunner 645 bakal dipasarkan dengan harga USD$399 dan versi muzik USD$449. Harga dan tarikh pasaran di Malaysia masih belum diketahui buat masa ini.

Sumber: DC Rainmaker

Check Also

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

Share this on WhatsApp PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!