Home / Artikel Menarik / Eksklusif: Wawancara bersama DE FAM, kumpulan yang bakal menghangatkan Electric Run 2017

Eksklusif: Wawancara bersama DE FAM, kumpulan yang bakal menghangatkan Electric Run 2017

defam 6 - Copy

Kumpulan artis wanita paling hangat di Malaysia, De Fam bakal berkongsi pentas dengan Silento, SonaOne dan lain-lain di konsert kemuncak Electric Run di Putrajaya pada 29 Julai. Jom kita baca wawancara eksklusif #jomkitalari bersama tiga #Supergirls yang memang hebat dari segi vokal dan tari.

Apakah perkembangan terbaru De Fam?
Sophia: Saya sedang sibuk dengan pembikinan album EP untuk De Fam dan perniagaan pakaian saya, Society dengan kolaborasi bersama Cap City.
Azira: Saya sedang membuat penggambaran drama 40 episod dengan Excellent Pictures untuk TV3.
Manggis: Selain daripada membuat persediaan untuk show, kamu sedang sibuk dengan single ketiga dan album EP serta penggambaran drama.

Apakah regim fitness peribadi anda?
S: Saya suka jogging dan eating clean.
A: Saya suka membuat squats dan senaman lower body kerana ia bahagian tumpuan saya sekarang. Jadi, squats, lunges, burpees 🙂
M: Saya membuat senaman ringan di rumah dan menyertai kelas/ bengkel tarian di studio.

Adakah anda selalu berlari dan membuat senaman kardio?
S:Saya selalu jogging, selalunya 2km dan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Saya juga membuat latihan menari sebagai senaman kardio.
A: Ya, saya suka berlari. Pada kebiasaanya, saya berlari di atas treadmill – sekurang-kurangnya setengah jam, sejauh 3-5km.
M: Menari adalah senaman kardio saya. Saya pernah menyertai acara larian. Jarak yang paling jauh saya sertai adalah 5km beberapa tahun yang lepas.

Bagaimana berlari/ senaman kardio membantu dalam nyanyian?
S: Ia banyak membantu. Kamu akan lebih bertenaga di atas pentas dan membantu teknik pernafasan dalam nyanyian.
A: Berlari meningkatkan stamina dan latihan ini banyak membantu kita sebagai penyanyi dalam nyanyian dan tarian.
M: Sudah semestinya! Ia meningkatkan stamina. Memandangkan kami menyanyi sambal menari, kita harus kekal fit sentiasa.

Apakah tips untuk kelihatan sentiasa “fabulous” ketika work out?
S: Saya tak punyai banyak tips. Cuma pakai lipbalm dan lentikkan bulu mata sahaja.
A: Bersenam dengan konsisten dan minum banyak air, untuk memdapatkan kulit tanpa cela. Berpelauh juga dapat mengekalkan glow (seri) pada kulit.
M: Pilih solekan yang natural dan gunakan bra sukan yang sesuai. Pastikan rambut diikat kemas dan tidak jatuh ke muka. Jangan lupa semburkan sedikit haruman.

Apakah harapan untuk konsert kemuncak Electric Run?
S: Saya berharap semua akan enjoy persembahan kami nanti. Kami sedang menyiapkan senarai lagu baru khas untuk konsert tersebut.
A: Tak sabar rasanya untuk membuat persembahan. Saya amat teruja untuk berkongsi pentas dengan Silento dan banyak lagi artis yang berbakat. Dengen kehadiran anda semua, saya pasti yang ia adalah satu malam yang hebat! So thrilled & honoured to be apart of this 🙂
M: Saya harap konsert tersebut akan dibanjiri oleh anda semua. Saya pasti kerana ini adalah antara acara larian yang paling happening di Malaysia. Rasa tak sabar nak beraksi di pentas.

defam quotescover-JPG-53

Ikuti perkembangan terbaru Defam di https://www.instagram.com/defamofficial/

 

20170607_Electric Run 2017 Press Release_English_FINAL-page-001

Untuk maklumat lanjut tentang AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED, sila layari http://electricrun.my/ http://www.facebook.com/electricrunmalaysia atau ikuti Twitter di @electricrunmy dan Instagram di @electricrunmy.

Check Also

Mencabar Potensi Diri di Taipei Marathon 2024

Share this on WhatsApp Taipei, Disember 17, 2024 — Taipei Marathon sekali lagi membakar semangat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!