Acara larian bertema, Dragon Run yang pertama di dunia telah berlangsung di The Ranch, Resorts World Genting pada 14. Mac 2016 lalu. Larian berhalangan ‘inflatable’ ini disertai oleh lebih 4,000 orang peserta. Para pelari terpaksa mengharungi 10 cabaran penuh aksi getir yang diinspirasi daripada Seni Pertahanan Diri dan lumba larian sejauh lebih 6km yang menguji daya ketahanan diri mereka.
Peserta memulakan larian dengan memasuki Dragon Gate untuk menentang halangan pertama yang berupa seekor naga yang panjang. Makhluk “inflatable” ini menguji ketahanan, imbangan dan ketangkasan peserta. Kemudian, mereka meneruskan cabaran di Palm Tree Forest dan Boxing Ring dengan aksi khusus Muay Thai. Di situ mereka menimba asas seni tinju Siam yang banyak menggunakan kombinasi gerakan tangan dan kaki.
Berikutnya, para peserta diperkenalkan kepada seni pertahanan diri dari Timur laut Asia, iaitu Taekwondo dan Sumo.
Cabaran selanjutnya adalah ujian halangan Jeet Kune Do, sebagai memperingati tokoh legenda Bruce Lee, berupa Yin Yang Gate, Water Gate dan The Thunderstorm. Diinspirasi daripada ungkapan popular Bruce Lee, “be water, my friend”, halangan inflatable peringkat ini memboleh para peserta menyejuk sambil membasahkan badan. Cabaran terakhir, Big Boss adalah gelongsor air setinggi 13 meter yang penuh keseronokan dan percikan air!
“Kami sangat gembira kerana akhirnya, acara sulung Dragon Run ini telah berjaya membuka tirai di Malaysia. Diharap semua yang menyertai dan menyaksi acara hebat ini terhibur dengan pengalaman yang tidak mudah dilupakan. Nantikan lagi acara Dragon Run yang bakal menemui penggemar aksi permainan lasak, yang pasti mengujakan,“ ujar Giedrius Sruogis, Pengarah Acara Next Promotions, syarikat pengendali acara yang berpangkalan di Hong Kong tersebut.
Untuk mendapatkan lebih banyak gambar acara Dragon Run, sila layari: www.dragonrun.asia/pictures.
Ikuti acara Dragon Run sekitar Asia di:
Facebook: facebook.com/DRunOfficial
Instagram: instagram.com/DRunOfficial
Twitter: twitter.com/DRunOfficial