Home / Berita Terkini / Dana amal Rexona cecah RM100,000 di Electric Run

Dana amal Rexona cecah RM100,000 di Electric Run

Rexona_Electric_Run_003

Jenama deodoran terkemuka dunia, Rexona bersama-sama lebih 15,000 pelari Electric Run melakukan pergerakan selama dua jam bagi memberi harapan kepada golongan kurang upaya untuk memperoleh semula keupayaan mereka untuk bergerak.

Kempen Rexona Freshmoves yang dianjurkan untuk mengumpul sumbangan RM100,000 untuk lima badan kebajikan orang kurang upaya di Malaysia merupakan satu inisiatif unik yang menyaksikan para peserta ‘menyumbang’ dengan melakukan pergerakan pada acara Electric Run berkenaan.

Rexona_Electric_Run_002

Rexona bekerjasama dengan Electric Run sebagai Rakan Rasmi Freshmoves bagi memastikan para peserta kekal segar semasa mereka melakukan gerakan untuk tujuan amal. Beberapa alat pengesan gerakan diletakkan di tapak konsert bagi mengesan setiap Freshmoves yang dilakukan oleh para peserta di mana jumlah pergerakan terkumpul ditukar kepada sumbangan tunai.

Feature Pic

Semasa berlangsungnya acara Electric Run pada 7 Mei di Padang Kelab Selangor, duta jenama Rexona yang baru dilantik, SonaOne membuat persembahan dan menggalakkan para peserta untuk melakukan pergerakan bagi tujuan amal dan pada masa yang sama kekal segar.

Rexona_Electric_Run_004

Ketua Kategori Penjagaan Kulit dan Deodoran, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Guan Lee berkata, “Kami amat berbesar hati kerana dapat menggalakkan orang ramai melakukan lebih banyak pergerakan menerusi Kempen Rexona Freshmoves. Sumbangan yang berjaya dikumpul akandisalurkan kepada lima badan kebajikan orang kurang upaya, bertujuan untuk mengubah kehidupan kanak-kanak serta para belia yang hilang keupayaan untuk bergerak akibat kemalangan atau penyakit seperti kencing manis. Sumbangan berkenaan akan digunakan bagi membeli alat bantuan berjalan seperti prostesis, tongkat, kerusi roda dan mendapatkan rawatan fisioterapi.”

Rexona_Electric_Run_001

Wang sumbangan berkenaan disalurkan kepada lima badan kebajikan orang kurang upaya iaitu Pusat harian Kanak-kanak Spastik, Legs for Legless oleh Kelab Rotary Bandar Sunway, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia (POCAM), Persatuan Kanak-kanak Istimewa Ampang (SCSOA) dan Pertubuhan Amal Sosial Masyarakat Penyayang Malaysia.

Rexona_Electric_Run_005

Rexona Motionsense yang baharu diaktifkan melalui pergerakan. Ia mempunyai kapsul-kapsul mikro yang mengandungi wangian dan akan aktif apabila berlaku geseran, jadi dengan setiap gerakan, satu ledakan kesegaran akan dilepaskan. Rexona Motionsense menjadikan anda kekal segar dengan setiap pergerakan!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/RexonaMY

 

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!