Jenama fesyen inspirasi jalanan, Crossover berkerjasama lagi dengan Reebok sekali lagi untuk model Workout Plus, Locked Out.
Model Workout Plus ini adalah salah satu ahli asal dalam keluarga Reebok Classic. Bagi meraikan ulangtahun ke-30 model klasik ini, Reebok telah bergandingan dengan pelbagai jenama antarabangsa seperti Packer, Hanon, SNS dan sebagainya untuk memperbaharui rangkaian klasik tersebut dengan gaya yang lebih segar.
Reebok Work Out adalah berdasarkan watak Eric Love di dalam filem David Mackenzie yang berjudul Starred Up: sebuah film tentang harapan di dalalm kesucian yang ternoda.
Penyerapan pewarna berasakan tumbuhan memberikannya rona yang lebih gelap tetapi nampak asli dan lasak. Proses “leather tanning” juga mengubah struktur kulit, membuatkannnya lebih tahan lama dan kuat.
Satu tambahan baru kepada model ini adalah tali Velcro yang praktikal.
Sebagai pelengkap gaya, motto Crossover – Demand the Impossible dicetak di bahagian belakang tali velcro.
Harga Crossover X Reebok Workout Plus “Locked Out” adalah RM569 sepasang.
Jom kita lihat aktor, Izzue Islam membuat “unboxing” kasut Crossover X Reebok Workout Plus “Locked Out”:
Koleksi Crossover X Reebok Workout Plus “Locked Out” boleh didapati mulai 3 Februari di semua kedai Crossover dan secara online di www.crossoverconceptstore.com
#ReebokxCrossover #Thisisclassic #workoutplus #lockedout