Home / Berita Terkini / Cabaran Duathlon Lebuhraya yang Petama di Malaysia

Cabaran Duathlon Lebuhraya yang Petama di Malaysia

Kuala Lumpur, 9 Ogos 2018 – Kumpulan Syarikat PROLINTAS (PROLINTAS) akan menganjurkan acara duathlon di atas lebuhraya; yang pertama kali diadakan di Malaysia. Acara yang diberi nama GCE Duathlon 2018 akan berlangsung pada 16 September 2018 bertempat di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Selangor.

Penganjuran itu juga mengambil peluang bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, “GCE Duathlon 2018 adalah penganjuran pertama PROLINTAS di dalam acara sukan berskala besar dan kami amat berharap atlet dan peminat sukan berbasikal dan larian sama ada dari dalam dan luar negara untuk menyertai acara ini.”

“Dengan jajaran sepanjang 55.4 km dari Bukit Jelutong ke persimpangan Rawang, GCE merupakan salah satu laluan popular bagi peminat sukan berbasikal dan larian, terutama pada hujung minggu. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk menganjurkan acara duathlon ini sekaligus memberikan platform terbaik untuk acara berbasikal dan larian di lebuhraya dengan selamat,” tambah Dato’ Mohammad Azlan.

GCE Duathlon 2018 menyasarkan 1,000 hingga 1,500 penyertaan dari pelbagai lapisan usia dan masyarakat.
Perlumbaan akan bermula dan berakhir di Plaza Tol Bukit Jelutong, dengan peserta akan memulakan perlumbaan dengan larian, seterusnya berbasikal dan berlari semula sehingga ke garisan penamat. GCE akan ditutup sepenuhnya bermula jam 3.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari acara berlangsung.

GoSportz yang merupakan agensi pengurusan acara GCE Duathlon 2018 ini amat teruja untuk bekerjasama dengan PROLINTAS bagi menjayakan acara sukan yang unik dan memberi inspirasi kepada orang awam agar hidup aktif dan sihat.

“GCE Duathlon 2018 adalah peluang terbaik kepada atlet untuk menyertai acara sukan yang merangkumi aktiviti berbasikal dan larian samada bagi tujuan riadah atau pertandingan,” ujar Albertt Leong, Pengarah Perlumbaan.

Terdapat tiga kategori pertandingan dan satu aktiviti santai bagi acara ini. Dua kategori untuk acara solo iaitu GCE Full Duathlon (10 km berlari, 60 km berbasikal dan 10 km berlari) dan GCE Dash Duathlon (5 km berlari, 27 km berbasikal dan 5 km berlari). Semua kategori dibuka untuk lelaki dan wanita yang berusia 16 tahun ke atas.

Satu lagi acara berpasukan iaitu Team Relay turut dianjurkan dan ianya terbahagi kepada dua sub kategori iaitu Men Relay bagi peserta lelaki dan Mixed Relay untuk peserta campuran. Untuk acara ini, tiga peserta dalam satu pasukan dikehendaki melalui cabaran dengan 10 km berlari, 60 km berbasikal dan 10 km berlari.
Acara Fun Ride sejauh 36 km turut dianjurkan bagi mereka yang berminat dengan acara santai.

Yuran penyertaan bagi setiap peserta adalah RM250 bagi GCE Full Duathlon dan RM220 bagi GCE Dash Duathlon. Bagi penyertaan berkumpulan untuk tiga orang bagi kategori GCE Team Relay, yuran sebanyak RM540 akan dikenakan, manakala yuran RM50.00 untuk acara Fun Ride.

“PROLINTAS juga mengambil kesempatan untuk menyalurkan sebahagian dari kutipan yuran penyertaan kepada MERCY Malaysia telah dipilih untuk menjadi ‘rakan amal’ kepada acara tahun ini,” tambah Dato’ Mohammad Azlan lagi.

Pendaftaran kini dibuka dan akan ditutup pada Ahad, 26 Ogos 2018 bagi acara duathlon dan team relay, manakala acara fun ride ditutup pada 2 September 2018.

Setiap peserta akan menerima pek penyertaan yang mengandungi baju jersi/kemeja T, beg cenderamata, nombor bib, cip masa dan pelbagai barangan lagi. Pek penyertaan akan diedarkan kepada peserta pada 14-15 September 2018, bermula 11.00 pagi hingga 7.00 malam di lokasi yang akan diumumkan kelak.

Untuk pendaftaran dan sebarang maklumat lanjut sila layari www.gosportz.my/all-events/gce-duathlon. Orang awam juga dicadangkan untuk memuat turun aplikasi mudah alih PROLINTAS menerusi App Store dan Google Play secara percuma untuk menerima sebarang maklumat mengenai GCE Duathlon 2018.

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!