Home / Berita Terkini / 780 Entiti Perniagaan Sertai SSM BIZRUN 2018

780 Entiti Perniagaan Sertai SSM BIZRUN 2018

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2018 – Lebih 5,000 orang peserta larian membanjiri Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini untuk menyertai program SSM BizRun 2018 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

SSM Bizrun 2018 yang julung kali dianjurkan ini turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelbagai entiti perniagaan seperti syarikat dan perniagaan.

Penyertaan sebanyak 780 entiti perniagaan dan syarikat menyertai SSM BizRun telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai acara larian oleh entiti perniagaan yang terbesar di Malaysia.

Dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail, penganjuran SSM BizRun bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja dari pelbagai sektor sama ada sektor kerajaan mahupun swasta.

Penganjuran SSM BizRun juga turut memberikan penekanan terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menggalakkan penglibatan organisasi korporat sebagai rakan strategik SSM untuk menjayakan program ini. Selain itu, sebahagian daripada yuran penyertaan yang dikenakan kepada para peserta, sebanyak RM5 akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan sekaligus memberikan peluang kepada para peserta untuk berlari sambil beramal.

Bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan, SSM BizRun 2018 menawarkan pilihan kepada peserta untuk memilih jarak larian iaitu 10 kilometer atau 5 kilometer mengikut kemampuan masing-masing. Setiap peserta turut dibekalkan dengan runner’s kit yang mengandungi dry fit fabric t-shirt, medal runner, gym sack bag, snack pack, gift voucher dan peluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

SSM BizRun 2018 turut diwarnai dengan penyertaan oleh selebriti terkenal dan persembahan artis popular seperti W.A.R.I.S, Mark Adam, Dato’ Fazley Yaakob, Faradhiya, Ezlynn, Sazali Samad, Norman Hakim dan sebagainya.

Lebih menghangatkan lagi SSM BizRun 2018 di Padang Merbok adalah acara kemuncak iaitu sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama iaitu dua buah kereta Perodua Axia untuk dimenangi disamping hadiah menarik seperti pakej penerbangan peribadi, motorsikal, telefon bimbit, TV LED, Playstation 4, basikal mountain bike dan sebagainya.

Turut hadir bersama-sama memeriahkan Majlis Pelancaran Persidangan Kebangsaan SSM kali ini ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Sri Jamil bin Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner.

Check Also

‘BEAT THE HEAT’ di COWAY RUN 2018

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 11 Julai 2018 – Dijadualkan berlangsung pada 7 Oktober …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.