Home / Berita Terkini / Breaking 8: Natalie Dau Pecah Rekod Merentas Semenanjung Malaysia

Breaking 8: Natalie Dau Pecah Rekod Merentas Semenanjung Malaysia

Kuala Lumpur, 16 Mac 2026 – Atlet lasak dan pemegang rekod dunia Guinness, Natalie Dau, sekali lagi membuktikan ketahanan luar biasa apabila berjaya menamatkan cabaran terbarunya, “Breaking 8”, dengan masa 6 hari, 16 jam dan 37 minit.

Cabaran ini bermula pada 7 Mac, bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia, di mana Natalie berlari purata 105 kilometer setiap hari. Pencapaian ini sekaligus memecahkan rekod peribadinya sendiri yang pernah dicatat pada tahun 2024 untuk kategori Fastest Crossing of Peninsular Malaysia on Foot.

Natalie Dau terus mara dalam Project 1000, menuju ke arah memecahkan rekod dunia Guinness miliknya sendiri bagi kategori larian terpantas merentas Semenanjung Malaysia dengan berjalan kaki.

“Breaking 8” merupakan sebahagian daripada Project 1000, sebuah inisiatif yang dilancarkan pada 2024 sebagai larian solo sejauh 1,000km. Matlamat utama projek ini bukan sekadar menguji batas kemampuan manusia, tetapi juga memberi inspirasi kepada masyarakat dengan mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran bagi kanak-kanak kurang bernasib baik di Asia.

Tahun ini, Project 1000 turut bekerjasama dengan Cahaya Surya Bakti Foundation, sebuah organisasi yang memberi perlindungan dan peluang kepada keluarga yang terjejas. Dalam usaha memperkukuh misi ini, Zurich Malaysia dan Zurich Singapore turut menyumbangkan SGD 10,000 bagi menyokong program perlindungan dan pembangunan komuniti yang dijalankan oleh yayasan tersebut.

(Baju Biru) Natalie Dau meraikan bersama pasukannya selepas menamatkan Project 1000 dan memecahkan rekod dunia Guinness miliknya sendiri.

Kejayaan Natalie bukan sahaja menambah satu lagi pencapaian besar dalam dunia sukan lasak, tetapi juga menjadi simbol ketabahan, keberanian, dan semangat untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat.

Projek ini turut menerima sokongan daripada Zurich Malaysia dan Zurich Singapore, yang membantu memperluas impak Project 1000 di Asia Tenggara.

Foto oleh Jaems Chua @jaemschua

Check Also

Run & Sip Club by So Good Kembali dengan Sesi Baharu dari April hingga Jun 2026

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 13 April 2026 – So Good, jenama susu berasaskan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!