Home / Acara Pilihan / BOH Eco Trail Tingkatkan Kesedaran Alam Sekitar

BOH Eco Trail Tingkatkan Kesedaran Alam Sekitar

2. Mock Cheque Presentation_2

SELANGOR, 28 Mei 2016 – Berlatarbelakangkan ladang teh BOH Plantations Bukit Cheeding, seramai 600 peserta telah menyertai larian BOH Eco Trail 2016. Dianjurkan dalam suasana pemandangan tanaman pokok teh yang diselang-selikan  dengan pokok kelapa dan kelapa sawit, peserta larian amal 8km ini berpeluang menikmati keindahan persekitaran ladang teh BOH yang jarang dibuka kepada orang ramai. Malah, para peserta juga telah diberikan akses khas untuk memasuki  laluan terhad sebahagian Hutan Simpan Kuala Langat Utara bagi menghargai tujuan utama penganjuran larian.

4. Flag Off by BOH, SSFD & GEC

Pada pelepasan acara larian, Caroline Russell, CEO kepada BOH Plantations berkata, “Terletak berhampiran Lebuhraya Elite, ramai antara kita yang tidak peka akan keistimewaan hutan tanah gambut yang dipenuhi pelbagai flora dan fauna unik. Penganjuran larian ini dengan laluan khas di dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara, memberi peluang kepada orang ramai menikmati keistimewaan semulajadi hutan tanah gambut secara lebih dekat dan memahami ancaman yang dialami hutan ini. Kami di BOH berharap larian ini mampu meningkatkan kesedaran orang awam tentang ekosistem yang sensitif ini di mana keseimbangannya  bergantung kepada tanah gambut yang berada dibawah permukaan bumi.”

5. Start!

Kutipan yuran pendaftaran bagi BOH Eco Trail 2016 yang berjumlah RM 28,000 telah disalurkan kepada Global Environment Centre (GEC), sebuah organisasi bukan kerajaan yang komited terhadap isu alam sekitar pada peringkat global. GEC juga menyokong perlindungan alam sekitar serta kelestarian penggunaan sumber semulajadi melalui perkongsian strategik bersama komuniti dan organisasi berkaitan. Melalui kolaborasi bersama GEC, BOH telah menyokong inisiatif pendidikan bagi program pemuliharaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara sejak tahun 2015.

7. Runners Taking on The Trail

“Dengan peningkatan bagi kebarangkalian kebakaran hutan di kawasan ini, terutamanya dengan kehadiran musim El Niño (cuaca panas dan kering), kita berkemungkinan kehilangan hutan tanah gambut jika tiada langkah proaktif atau strategik diambil bagi meningkatkan kefahaman orang awam mengenai kepentingan mencegah kebakaran yang boleh membahayakan persekitaran ideal bagi tanah gambut. Antara punca utama bagi jerebu adalah pembakaran tanah gambut yang tidak lengkap. Ia sekaligus mengakibatkan penghasilan asap dalam kuantiti yang berlebihan. Ini amat membimbangkan apabila ia berlaku berdekatan dengan Kuala Lumpur seterusnya memberikan impak terus terhadap kualiti udara di dalam bandar.

“Kutipan daripada larian ini akan disumbangkan kepada Program Renjer Hutan Tanah Gambut. Kem latihan, ceramah serta pameran akan dijalankan di sekolah-sekolah yang terlibat, termasuk dua sekolah Orang Asli, bagi mengetengahkan isu ini kepada generasi muda,” ujar Russell.

Larian ini juga melengkapkan sokongan BOH terhadap inisiatif lain termasuklah pemetaan sistem saliran dan pengurusan penyekatan saliran, program latihan bagi memadamkan kebakaran serta program pengawasan kebakaran yang melibatkan pelbagai badan kerajaan, swasta serta komuniti tempatan. Peralatan memadamkan kebakaran juga telah didermakan kepada penduduk kampung Bukit Cheeding bagi memperkasakan penduduk untuk membasmi kemungkinan kebakaran manakala pemasangan Sistem Kadar Bahaya Kebakaran memberi amaran awal terhadap kemungkinan kebakaran dan kejadian jerebu.

8. Kuala Langat North Forest Reserve

Faizal Parish, Pengarah kepada GEC, menyokong pandangan Russell mengenai pentingnya perhatian segera ke atas pemuliharaan biodiversiti di hutan tanah gambut. “Hutan tanah gambut merupakan ekosistem terpenting di peringkat global bagi mencegah pemanasan global dan Malaysia merupakan negara ketiga terbesar di dunia yang mempunyai kawasan hutan tanah gambut. Dalam keadaan semulajadi, hutan tanah gambut tidak mudah terbakar. Walaubagaimanapun, penyaliran keluar air secara berlebihan boleh mengakibatkan tanah gambut mudah terbakar.

“Sejak beberapa tahun ini, kebakaran di kawasan berdekatan telah merebak ke dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan telah menyebabkan kerosakan kepada sebahagian dari hutan simpan. Malangnya, kebanyakan kebakaran ini berlaku akibat daripada perbuatan manusia yang secara sengaja mahupun tidak sengaja seperti pembuangan puntung rokok dari kereta di sepanjang Lebuhraya Elite. Apa sekalipun puncanya, perkara ini telah memberi impak terus kepada kesihatan manusia yang disebabkan oleh jerebu akibat kebakaran tanah gambut.

9. BOHBOH-Nut

“Adalah menjadi harapan kami bahawa BOH Eco Trail 2016 boleh membantu orang ramai untuk lebih menghargai ekosistem hutan tanah gambut yang unik dan bertindak secara proaktif bagi membantu menangani risiko yang dihadapi oleh hutan ini. Oleh itu, marilah kita berganding bahu dalam melakukan perubahan dan menjaga warisan semulajadi ini bagi generasi akan datang. Hutan Simpan Kuala Langat Utara mempunyai potensi untuk dipulihara sesuai bagi tujuan pendidikan, rekreasi serta sebagai sumber eko-pelancongan kepada negara. Malah ia juga amat penting bagi komuniti orang asli yang bergantung pada hutan sebagai sumber kehidupan,” simpul Parish.

BOH Eco Trail 2016 disokong oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat, Jabatan Kemajuan Orang Asli serta Fitness First Malaysia. Larian ini merupakan larian amal kedua yang diajurkan oleh pihak BOH. Larian BOH Highlands Run pada tahun 2014 merupakan larian pertama yang dianjurkan dan segala kutipan dari larian tersebut telah disalurkan kepada Persatuan Alam Sekitar Malaysia (Malaysian Nature Society – MNS) bagi menyokong projek pemuliharaan di tanah tinggi.

12. Sewang Tadom Balai Bekenjek Performance_2

Antara acara menarik yang dijalankan ketika larian adalah pameran kraftangan Orang Asli yang turut merangkumi pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu terap. Kesemua kraftangan ini diperbuat daripada kulit kayu atau bahan semulajadi lain yang diperoleh daripada Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

13. Demonstration by Orang Asli

Turut terlibat dalam menjayakan BOH Eco Trail 2016 merupakan Ultron sebagai pakaian rasmi larian. Larian ini turut menerima tajaan dari pihak Konica Minolta ICE-μ™, Lucky Frozen Sdn. Bhd., MBG Sdn. Bhd., RAM Credit Information Sdn. Bhd., Tollyjoy Malaysia, dan Vista Eye Specialist.

 

 

Check Also

PUMA DEVIATE NITRO

Share this on WhatsApp Berita baik untuk penggemar PUMA! Kini, jenama sukan antarabangsa ternama ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!