Home / Berita Terkini / MyOrtho Lancar Kempen Kesihatan “Kaki Untuk Kehidupan”

MyOrtho Lancar Kempen Kesihatan “Kaki Untuk Kehidupan”

Celebrities supporting the CSR campaign Feet for Life to promote good foot health

Petaling Jaya, 2 Jun, 2016 – Pakar penjagaan kaki terkemuka MyOrtho hari ini melancarkan kempen CSR Kesihatan Kaki Kebangsaan yang julung kali, 2016 iaitu kempen kesihatan kaki menyeluruh yang pertama di seluruh negara untuk menangani peningkatan masalah kaki di negara ini.

Dianjurkan sempena Bulan Kesihatan Kaki Sedunia, acara media dikendalikan di kedai MyOrtho di Mediplex, Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) menyediakan pendidikan kesihatan kaki terkini dan inisiatif CSR yang memberi manfaat kepada masyarakat, beberapa entiti kesihatan dan kanak-kanak kurang bernasib baik.

Datin Emily Lee explaining the evolution of foot health to the press members

Pengarah MyOrtho, Datin Emily Lee merasmikan kempen tersebut yang bertemakan “Kaki untuk Kehidupan  — Evolusi Kesihatan Kaki”, dengan CEO Kumpulan MyOrtho Group CEO, Datuk Dr Edmund Lee (yang juga pakar ortotik dan pengarah kesihatan) membentangkan  isu-isu kaki yang melibatkan mereka yang berusia 6 bulan sehinggga 60 tahun dengan pelbagai implikasi kesihatan dan penyelesaian.

“Segalanya suatu evolusi! Bagaimana manusia  bermula, kerjaya, kesihatan, dan kehidupan seseorang – semuanya berubah & berkembang setiap hari. Ini juga termasuklah kesihatan kaki; setiap peringkat & umur memberikan masalah kaki yang berbeza.

“Kaki anda merupakan sokongan dan struktur utama kepada seluruh badan. Apabila kaki tidak sihat atau sakit, seluruh badan anda menderita dan ia akan mengakibatkan implikasi kesihatan yang serius. Tidak ramai yang tahu bahawa masalah kaki boleh dikawal sekiranya pengesanan awal dilakukan menerusi pemeriksaan kaki. “Tahukah anda melakukan pemeriksaan/analisis kaki secara tahunan boleh membantu untuk mengurangkan masalah kaki sebanyak 80%!” tambah Datuk Dr. Edmund Lee.

Daripada bayi, kanak-kanak sekolah, eksekutif, ahli sukan, wanita hamil sehinggalah mereka yang sakit terutamanya pesakit diabetes, dan warga emas – mereka semua mengalami masalah kaki berbeza yang mencetuskan masalah kesihatan kaki masing-masing. Justeru, pada majlis media tersebut, pakar ortotik MyOrtho berkongsi pandangan berkaitan kesihatan kaki berdasarkan usia tertentu.

MyOrtho turut memperkenalkan para tetamu kepada rangkaian kasut yang sesuai untuk pelbagai usia & keadaan. Di MyOrtho, rangkaian kasut termasuklah pelapik dalam kasut yang disarankan oleh pakar ortotik, alat penyokong kasut untuk orang dewasa, alat penyokong kasut untuk kanak-kanak, kasut untuk pesakit diabetes, rangkaian kasut kesihatan, pendakap Boston untuk skoliosis, kasut pelengkap kesihatan, aksesori kasut dan kasut tempahan khas.

Orang ramai yang tidak tahu mengenai status kesihatan kaki masing-masing tidak perlu bimbang kerana MyOrtho juga mempunyai pasukan perunding & pakar ortotik – dilatih dalam bidang terapi ortotik – yang menyediakan khidmat kepada pelanggan sebagai pengamal penjagaan kesihatan utama bagi masalah kaki, menyediakan diagnosis dan rawatan, juga perkhdimatan pencegahan dan pemulihan.

Free Foot analysis and discounted footwear as key CSR initiative available at MyOrtho outles

Para selebriti yang memeriahkan acara termasuklah Cik Deborah Henry, Cik Wong Chui Ling, Encik Wong Yu Jin dan Encik Ben Ibrahim yang berkongsi kisah dan pandangan mereka mengenai kesihatan kaki. Mereka turut melafazkan ikrar komitmen mereka dari segi penjagaan kaki dengan menandatangani nota positif bersama pihak pengurusan MyOrtho dan tetamu VIP.

Kempen MyOrtho turut mengingati mereka yang memerlukan penjagaan kaki. Dalam satu majlis penyampaian ringkas, MyOrtho menyumbangkan pelapik dalam kasut bernilai RM52,500 kepada Jabatan Perkhidmatan Rehabilitasi di Pusat Perubatan Subang Jaya untuk pesakit mereka yang kurang bernasib baik yang mengalami masalah ketidaktentuan musculoskeletal dan lain-lain, dan KIWANIS Down Syndrome Foundation.

MyOrtho making RM70,000 contribution to Kiwanis, SJMC & Fugee School.

Penjagaan kaki seharusnya diberi perhatian sejak kecil. MyOrtho menyumbangkan 100 pasang kasut kesihatan kanak-kanaknya yang baru (bernilai RM200 sepasang) kepada pertubuhan diusahakan bekas Ratu Universe Malaysia yang juga dermawan selebriti terkenal Deborah Henry’s Fugee School – satu pusat pendidikan NGO untuk kanak-kanak pelarian di Malaysia. Kasut kanak-kanak ini direka khusus untuk keadaan kesihatan kaki kanak-kanak di awal tahun perkembangan mereka.

Dalam usaha menggalakkan orang ramai untuk menjaga kesihatan kaki mereka, pemeriksaan kesihatan kaki komuniti di seluruh negara akan dijalankan di semua kedai MyOrtho di seluruh negara.  Orang ramai berpeluang untuk melakukan analisis kaki percuma dan mendapatkan pelapik dalam kasut tempahan khas dengan potongan 10%.

Dato Dr Edmund Lee personally giving Deborah Henry a feet analysis

Beberapa pesakit yang mempunyai masalah kaki dijemput untuk berkongsi masalah kaki mereka dan bagaimana ia menjejaskan kesihatan mereka. Cik Deborah Henry turut berkongsi pandangan mengenai kesihatan kakinya sendiri dan memuji usaha MyOrtho menjalankan kempen tersebut dan menerima sumbangan kasut untuk sekolah kanak-kanaknya.

Menurut catatan blog kesihatan NCBI pada tahun 2013, sakit kaki merupakan masalah biasa di Malaysia, terutamanya dalam kalangan wanita. Kajian ini dijalankan untuk memperlihatkan kaitan antara sakit kaki yang tidak mendatangkan trauma dengan faktor penyumbangnya dalam kalangan 400 wanita muda bekerja di Malaysia, menunjukkan lebih daripada separuh (68.4%) wanita dengan sakit kaki dalam kajian berkenaan mengalami sakit tersebut akibat pemakaian kasut.

Di Malaysia, 80% mempunyai masalah kaki tertentu. 1 daripada 5 orang mengalami sakit kaki, kebas, atau kaki berdenyut. Manakala mereka yang berusia cenderung untuk mengalami masalah kaki pada kadar yang lebih tinggi, namun peringkat umur mereka yang mengalami masalah kaki melibatkan mereka yang lebih muda pada dekad lalu. Peningkatan masalah kaki turut dialami kanak-kanak dan remaja.

Mereka yang lebih berusia lebih cenderung mengalami sakit kaki. Sekiranya mereka mempunyai penyakit kronik, sakit tersebut biasanya akibat kematu, kaki mengeras, dan kecacatan jari, yang mana 75% ialah benjolah sendi (bengkak menyakitkan pada sendi pertama ibu jari kaki). Sakit kaki dalam kalangan orang muda lazimnya datang daripada sakit otot dan tekanan pada tulang. Kira-kira 30% daripada warga emas yang kesakitan kaki mengalami kaki yang mengeras dan kira-kira 15% mempunyai masalah kematu pada jari kaki mereka.

Kebanyakan masalah ini berpunca daripada pemakaian kasut yang tidak sesuai, seperti kasut wanita bertumit tinggi dengan muncung hadapan yang tajam. Mereka yang lebih berusia atau gemuk, wanita serta pesakit diabetes, penyakit jantung, lutut, pinggul atau sakit belakang mempunyai kadar yang lebih tinggi mengalami masalah kaki. Bagi wanita, sakit pada jari kaki dan bahagian bawah jari kaki lebih biasa dialami berbanding lelaki, dan ia semakin teruk apabila usia meningkat. Bagaimanapun, sakit pada tumit semakin berkurangan apabila kita makin berusia.

Psikografik kesihatan kaki menyaksikan perubahan apabila mereka yang mengalami masalah kesihatan kaki menunjukkan peringkat umur semakin muda.  Ini mempunyai kaitan dengan perubahan gaya hidup.

MyOrtho management team launching Feet for Life with Kiwanis & SJMC reps and the celebrities

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myortho.com.my.

 

Check Also

Eliud Kipchoge Bakal Bersaing dalam Acara 10K di Amazing Thailand Marathon Bangkok Disember ini

Share this on WhatsApp Tahukah anda Eliud Kipchoge, pelari marathon legenda bakal kembali ke dunia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!