Home / Berita Terkini / BiiB Perkenal Anugerah ”TOP 100 MALAYSIAN RUNNERS” Bagi Mengiktiraf Kecemerlangan Atlet Sukan Larian Tempatan

BiiB Perkenal Anugerah ”TOP 100 MALAYSIAN RUNNERS” Bagi Mengiktiraf Kecemerlangan Atlet Sukan Larian Tempatan

Subang Jaya, 11 Mei 2025 – Pada pagi Ahad yang hening di PARC, Subang Jaya, satu lembaran sejarah telah tercipta – bukan sebuah perlumbaan, tetapi pengiktirafan yang sudah lama dinantikan.

Buat julung kalinya, komuniti larian Malaysia berkumpul untuk meraikan kecemerlangan dalam sukan larian jarak jauh tempatan menerusi Majlis Anugerah TOP 100 MALAYSIAN RUNNERS. Namun, ini lebih daripada sekadar meraikan kepantasan. Ia adalah permulaan sebuah legasi – sebuah gerakan di seluruh negara untuk mengiktiraf, mendokumentasikan, dan mendorong lebih ramai pelari Malaysia yang tidak lelah menyarungkan kasut berlari setiap hari untuk mengejar kehebatan peribadi.

Lahir daripada idea ringkas BiiB, platform yang terkenal dengan menyatukan pelari melalui cabaran larian pasukan, anugerah ini mengisi kekosongan yang terlalu lama wujud. Dengan tiadanya usaha dokumentasi nasional sebelum ini, kini BiiB menyediakan satu platform untuk merakam dan mengiktiraf pencapaian maraton di mana pelari sendiri yang tampil secara proaktif untuk melaporkan catatan masa peribadi terbaik mereka yang telah disahkan daripada perlumbaan yang diiktiraf di seluruh dunia dan merangkumi acara yang mana laluannya diiktiraf oleh AIMS dan juga acara berlabel World Athletics.

Di majlis yang sama, video RUNLIGA Team Race 800 2025 telah dipertontonkan buat kali pertama kepada para hadirin. Dalam hanya tiga minit, video pendek tersebut dapat merakamkan semangat berpasukan dan kecekalan 432 peserta yang membentuk 18 pasukan yang cuba mencapai jarak 800km secara kolektif di Fraser’s Hill pada awal tahun ini. Daripada jumlah itu, tujuh pasukan berjaya melintasi garisan penamat. Sebuah dokumentari penuh kini dalam pembikinan dan akan ditayangkan bersama pengumuman RUNLIGA Team Race seterusnya pada bulan Jun ini.

BiiB turut mencatatkan satu lagi pencapaian penting dengan menandatangani MOU rasmi bersama Suunto, peneraju global dalam teknologi multisukan. Penyerahan MOU simbolik, yang disempurnakan oleh Pengasas Bersama BiiB, She Yong Tan, dan Pengarah Negara Suunto Malaysia, Sean Ng, menandakan komitmen bersama untuk memajukan sukan larian di rantau ini menggunakan kecanggihan teknologi dan semangat komuniti.

Seiring dengan perkembangan pesat dunia larian Malaysia, Anugerah TOP 100 MALAYSIAN RUNNERS bukan hanya berfungsi sebagai pengiktirafan, tetapi juga sebagai motivasi untuk memajukan sukan larian jarak jauh di Malaysia.

Tetamu Kehormat:

  1. Dr. Ong Kian Ming Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Malaysia
  2. Muhaizar Mohamad Dua kali Pemenang Pingat Gangsa Sukan SEA (Maraton Lelaki)

Untuk maklumat lanjut tentang TOP 100 MALAYSIAN RUNNERS, sila layari BiiB – Together We Run!

Check Also

Run & Sip Club by So Good Kembali dengan Sesi Baharu dari April hingga Jun 2026

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 13 April 2026 – So Good, jenama susu berasaskan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!