Home / Berita Terkini / ASTRO Bawa Liputan Menyeluruh Dari Sukan Olimpik RIO 2016 Menerusi 12 Saluran HD

ASTRO Bawa Liputan Menyeluruh Dari Sukan Olimpik RIO 2016 Menerusi 12 Saluran HD

Astro’s Vice President of Sports Business, Lee Choong Khay, with Astro Arena host at the media event to announce Astro’s comprehensive coverage of Rio 2016

KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2016 – Rakyat Malaysia kini boleh menonton liputan paling komprehensif Sukan Olimpik Rio 2016 menerusi 12 saluran khusus Berdefinisi Tinggi atau HD (Saluran 780-791) dan saluran Berdefinisi Standard atau SD (Saluran 760-771) di Astro TV dan aplikasi Astro on the Go. Kepada semua pelanggan Astro Sports Pack, Sports Lite Pack dan juga pengguna yang telah membeli Pas Sukan untuk UEFA EURO 2016, anda turut berpeluang mendapatkan akses di 12 saluran Olimpik yang ditetapkan ini.

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay, “Memegang peranan sebagai rakan usaha sama penyiar rasmi bagi Rio 2016, Astro sangat teruja untuk membawakan detikdetik sukan yang terbaik dari Rio 2016 menerusi 12 saluran khusus di kaca televisyen dan peranti mudah alih.” Liputan eksklusif para atlet Malaysia di Rio 2016 Astro Arena akan terus memainkan peranannya sebagai satu-satunya medium sukan tempatan Malaysia dengan menyediakan segala liputan yang tidak dapat ditandingi oleh barisan kontinjen Malaysia di Rio 2016.

“Astro Arena telah menghantar 36 wakilnya ke Rio bagi membuat liputan selama 15 jam sehari secara langsung untuk melaporkan perkembangan atlet-atlet negara yang bertanding di sana. Bersempena dengan Sukan Olimpik ini, Astro Arena juga boleh ditonton menerusi saluran khusus HD (Saluran 802) dan SD (Saluran 801). Saya juga berasa gembira untuk berkongsi di sini bahawa pelanggan bukan Astro turut berpeluang mengakses Astro Arena menerusi aplikasi Astro on the Go. Justeru itu, kami dengan ini ingin menyeru kepada rakyat Malaysia agar sentiasa memberikan sokongan kepada jaguh-jaguh sukan negara dengan menyertai kempen anjuran kami, #AyuhMalaysiaKu,” jelas Lee lagi.

Astro Olympics_PR_BM-page-001

Astro terus menawarkan lebih banyak pilihan kepada orang ramai untuk melanggan pek kandungan sukan. Untuk mendapatkan saluran Sukan Olimpik, para pelanggan Astro boleh mendapatkan Pakej Sports Lite Pack, dengan harga RM12.75* sahaja sebulan. Pakej Sports Lite Pack turut merangkumi Astro SuperSport 1 dan 2, Fox Sports 3 dan saluran HD Arena. Pas Sukan untuk saluran Sukan Olimpik juga disediakan menerusi perkhidmatan NJOI dan kepada pelanggan bukan Astro dengan harga RM104.94*.

Untuk melanggan Astro dan NJOI, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 03-9543 3838.

Untuk maklumat lanjut mengenai Astro on the Go, sila layari www.astroonthego.com.

*harga termasuk GST

Check Also

Kordel dan Arthritis Foundation Malaysia Tingkatkan Kesedaran Ancaman Kecederaan Sendi

Share this on WhatsApp Dari kiri-Mr. Zid, Mike Mahen, Dr. Benjamin and Dr. Muhammad Rahmani …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!