Home / Berita Terkini / ASICS RELAY – 4 Acara Lumba Lari Berganti, 4 Negara

ASICS RELAY – 4 Acara Lumba Lari Berganti, 4 Negara

asics relay 1

Asics telah mengumumkan acara ASICS Relay 2017, sebuah acara lumba lari berganti yang bakal dilangsungkan di empat buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura an Thailand. Setiap pasukan yang terdiri daripada empat pelari boleh memilih jumlah jarak 21KM atau 42.195KM, di mana setiap pelari harus menghabiskan satu pusingan 5.25km untuk half marathon atau 2 pusingan 5.25km untuk full marathon.

Tahun ini, ASICS Relay bakal bermula di Jakarta, Indonesia (19 Ogos), diikuti oleh Kuala Lumpur, Malaysia (7 Oktober); Singapura (4 November); dan Bangkok, Thailand (2 Disember).

UPDATE: Kesemua acara di Jakarta, Kuala Lumpur, Singapura dan Bangkok telah dilancarkan. Klik imej di bawah untuk ke halaman rasmi Asics Relay.

asics relay jakarta

asics relay putrajaya

21167195_338210836645635_4303880894648232342_o

21273741_341164979683554_6052037969323395077_o

PROMOSI (MALAYSIA)

MENANGI SLOT
Dapatkan peluang untuk memenangi slot pasukan percuma untuk ASICS Relay Kuala Lumpur 2017 bila anda berbelanja  MYR430 ke atas di dalam satu resit.

Sah di kedai ASICS Mid Valley Mall, ASICS 1 Utama dan ASICS Pavilion KL. Tempoh promosi dari 20 Julai sehingga 22 Ogos.

50 PELARI PERTAMA MENDAPAT BEG KASUT ASICS PERCUMA.

Lima puluh (50) peserta yang menunjukkan slip pengesahan penyertaan (confirmation slip) di ASICS Suria KLCC akan menerima kasut beg ASICS. Tempoh promosi 20 Julai sehingga 7 Oktober.

BEG SANDANG ASICS PERCUMA
Seratus (100) pasukan yang mendaftar ASICS Relay Kuala Lumpur akan menerima beg sandang ASICS. Tempoh sah dari 29 September sehingga 1 October (semasa pengambilan pek lumba).

Untuk maklumat lanjut, sila layari

http://www.asicsrelay.com/
https://www.facebook.com/ASICSRelay/

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!