
Kuala Lumpur, 3 April 2026 – adidas secara rasmi melancarkan Adizero Evo SL yang baharu, sebuah kasut latihan pantas yang diinspirasikan oleh DNA reka bentuk Adizero Adios Pro Evo 1. Menampilkan bahagian atas mesh tenunan (woven mesh) yang baharu, model SS26 Adizero Evo SL ini dicipta sebagai kasut latihan paling ringan dalam kategorinya, membuktikan bahawa pantas bukan sekadar rentak, tetapi satu cara fikir.
Membina legasinya sendiri dalam budaya larian, Evo SL menggabungkan kusyen Lightstrike Pro dengan cengkaman Continental™. Reka bentuknya yang ikonik dan berani bukan sahaja memastikan pelari merasa pantas, malah tampil hebat di atas jalan raya.
Ciri-Ciri Utama
Bahagian atas mesh tenunan: Material mesh tenunan baharu dengan regangan pelbagai arah untuk sokongan yang disasarkan.
Tapak tengah Lightstrike Pro: Kasut ini dilengkapi dengan tapak tengah Lightstrike Pro sepanjang saiz kasut tanpa sebarang elemen pengeras, memberikan rasa larian yang lancar dan dinamik.

Alami Kepantasan di The Fast Hub
Sertai adidas di The Fast Hub bermula 3 hingga 5 April 2026 di 103 Coffee, Chow Kit. Alami aktivasi Evo SL yang bakal mengujakan anda melalui gabungan muzik, sudut pameran seni, dan menu istimewa yang tersedia setiap hari sehingga 30 April.
Butiran acara adalah seperti berikut:
The Fast Hub @ 103 Coffee, Chow Kit
Date: 3 – 5 April 2026
Time: 7.30AM – 8.30PM
Location: 103 Coffee, Chow Kit

Move With Adizero – Sertai Komuniti Larian
Rasai sendiri kehebatan Adizero Evo SL melalui siri larian komuniti dari 5 hingga 11 April. Hubungi kelab larian berkaitan untuk mendaftar dan mencuba sendiri kasut ini di jalanan Kuala Lumpur.
Butiran acara akan datang adalah seperti berikut:
Backyard Running Association
Tarikh: 5 April
Masa: 6:45 pagi
Lokasi: 103 Coffee, Chow Kit
Journey Run Club
Tarikh: 7 April
Masa: 8:30 malam
Lokasi: Testing Ground, Bukit Damansara
Kelana Jaya Run Club
Tarikh: 8 April
Masa: 8:00 PM
Lokasi: Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Zero Run Club & Purst Club
Tarikh: 9 April
Masa: 8:30 PM
Lokasi: Pucks Coffee, Kuala Lumpur
Brand New Waves Running Club
Tarikh: 10 April
Masa: 7:00 AM
Lokasi: Bloc Social Club, Chow Kit
SPL Run Club
Tarikh: 11 April
Masa: 7:00 AM
Lokasi: Arena Sukan Kuala Lumpur
Harga dan Ketersediaan
Adizero Evo SL kini boleh didapati pada harga RM669 di www.adidas.com.my dan di kedai-kedai terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi atau ikuti akaun Instagram @adidasMY.
