Home / Berita Terkini / The IHH Sky Race™ | Merdeka 118: Larian Menara Terbesar Dunia Kembali Ogos Ini

The IHH Sky Race™ | Merdeka 118: Larian Menara Terbesar Dunia Kembali Ogos Ini

Pelancaran rasmi The IHH Sky Race™ | Merdeka 118 2026 menyaksikan kehadiran Pn. Ledwina In (Pengurus Besar, Strategi & Perniagaan Komersial, REV Media Group), Mr. Ravinder Singh (Presiden, Persatuan Larian Menara Malaysia), Dr. Jeewadas A/L Velummylum Baladas (Ketua Jabatan Kecemasan, IHH Healthcare Malaysia), Mr. Roger Ong (Ketua Komersialisasi Precinct, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd), Mr. Zain Azrai bin Rashid (Pengarah Kanan, Perkongsian & Komunikasi, Malaysia Convention & Exhibition Bureau), YB Tuan Chiew Choon Man (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia), Mr. Jeffrey Ross (Pengarah Urusan Fresh Events Asia & Pengarah Perlumbaan), YBhg. Dr. Kamal Amzan (Ketua Pegawai Eksekutif, IHH Healthcare Malaysia), En. Ushriey Azman (Ketua Perkongsian Awam-Swasta), Mr. Khairul Annuar Yusof (Ketua Pemasaran, IHH Healthcare Malaysia), Mr. Soh Wai Ching (Duta Rasmi The IHH Sky Race™ 2026) dan Pn. Liza Maria Abdul Karim (Ketua Komunikasi, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd).

Kuala Lumpur, 7 Julai 2026The IHH Sky Race™ | Merdeka 118, acara larian menara terbesar di dunia, kembali pada 22 dan 23 Ogos 2026 dengan sokongan IHH Healthcare Malaysia sebagai Rakan Penaja Utama. Acara ini bakal menghimpunkan sehingga 9,000 peserta untuk mendaki 118 tingkat dan 2,845 anak tangga di bangunan ikonik Merdeka 118, menara tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia.

Bangunan ikonik Merdeka 118, menara tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia

Selepas kejayaan edisi sulung, penganjur Fresh Events Asia memperkenalkan format dua hari bagi membolehkan lebih ramai peserta merasai pengalaman unik ini. Menurut Pengarah Urusan Jeffrey Ross, acara ini telah berkembang menjadi sukan massa yang dinanti-nantikan, dengan sokongan IHH Healthcare Malaysia untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia, Dr Kamal Amzan, menekankan bahawa kesihatan bermula dengan pilihan harian seperti kekal aktif. “The Sky Race™ adalah peringatan bahawa kemajuan berlaku selangkah demi selangkah,” katanya, sambil berharap kerjasama ini memberi inspirasi kepada masyarakat untuk mencabar diri dan mengutamakan kesejahteraan.

Dr. Kamal Amzan, Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia (duduk, kiri), dan Jeffrey Ross, Pengarah Urusan Fresh Events Asia merangkap Pengarah Perlumbaan The IHH Sky Race™ | Merdeka 118 (duduk, kanan), menandatangani perjanjian kerjasama rasmi.

Acara ini menawarkan kategori individu dan berpasukan (3 orang), dengan semua peserta perlu melengkapkan pendakian penuh sebelum turun menggunakan lif. Ia bukan sekadar perlumbaan, tetapi meraikan pencapaian peribadi, kecekalan dan semangat komuniti, dengan penyertaan daripada atlet elit, penggemar kecergasan, keluarga serta pasukan korporat.

The IHH Sky Race™ turut mendapat sokongan daripada EBENE sebagai Rakan Utama, Oligo sebagai Rakan Sokongan, serta pengiktirafan daripada Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dan Malaysian Towerrunning Association (MTA).

Soh Wai Ching, Duta Rasmi The IHH Sky Race™ 2026 bersedia menawan Merdeka 118 pada The IHH Sky Race™ | Merdeka 118 yang bakal berlangsung pada 22 dan 23 Ogos 2026.

Dengan aspirasi setanding acara larian menara dunia seperti Empire State Building Run-Up dan Eiffel Tower Vertical Race, Sky Race™ menempatkan Kuala Lumpur di peta sukan global. Pendaftaran kini dibuka di www.theskyrace.com.

Check Also

Pesta Durian Meriahkan Durirun Balik Pulau International Marathon 2026

Share this on WhatsApp Balik Pulau, 6 Jun 2026 – Penganjuran Durirun Balik Pulau International …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!