Home / Berita Terkini / 9,000 Warga Sabah Banjiri Destinasi Pertama Hari Sarapan Malaysia MILO® 2026

9,000 Warga Sabah Banjiri Destinasi Pertama Hari Sarapan Malaysia MILO® 2026

Kota Kinabalu, 24 Mei 2026 – Acara Hari Sarapan Malaysia MILO® 2026 (MILO® Malaysia Breakfast Day 2026) bermula hebat di Padang Merdeka, Sabah, dengan kehadiran kira-kira 9,000 peserta. Dianjurkan untuk memupuk gaya hidup sihat, acara ini menekankan kepentingan sarapan berkhasiat dan aktiviti fizikal, terutamanya dalam kalangan keluarga dan generasi muda. Peserta pelbagai usia mula berkumpul seawal sebelum subuh bagi menyertai larian santai (fun run) 3 kilometer yang dilepaskan tepat jam 6.30 pagi.

Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu, Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Industri Kreatif Sabah berkata: “Kami menghargai komitmen berterusan MILO® dalam menyokong sukan komuniti di Sabah seperti Karnival Sukan Sekolah Pedalaman, MILO® Hidup Bola, dan Kelab Olahraga Rayzam Shah. Saya amat berbesar hati dapat melepaskan peserta larian pagi ini. Kehadiran begitu banyak keluarga amat menyentuh hati. MILO® sentiasa dekat di hati kita—membekalkan tenaga dan membawa kebaikan kepada anak-anak serta komuniti.”

Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menambah: “MILO® mempunyai tempat istimewa di hati rakyat Sabah, bukan sekadar minuman sarapan tetapi sebahagian daripada memori merentas generasi. Kami mengalu-alukan acara larian ini di Kota Kinabalu. Program sebegini mendorong warga Sabah semua peringkat umur untuk memulakan hari dengan positif dan aktif.”

Afiqah Daid, 24, yang datang bersama 30 ahli keluarganya dari Papar (40 km dari Kota Kinabalu) berkongsi: “Kami sanggup bermalam di sini demi merasai sendiri semangat larian ini bersama-sama. Ini bukan soal jarak, tetapi tentang memori dan kebersamaan keluarga. MILO® ialah simbol tenaga sejak zaman kanak-kanak saya. Terima kasih MILO® kerana memberi inspirasi kepada keluarga kami.”

Bagi golongan veteran, Annie Chung Sheu Keng, 57, yang menyertai larian bersama suaminya, Yong Yun Fah, 61, membuktikan faktor usia bukan penghalang: “Sejak 2007, kami setia menyertai larian MILO® demi memori gembira. Melihat tenaga positif peserta pelbagai usia amat menginspirasikan. Kami harap ini dapat mendorong warga emas lain untuk terus aktif dan sihat.”

Selain larian, acara dimeriahkan dengan permainan mini dan cabaran kecergasan. Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Siti Asfadilah Abdullah, 25, yang menyertai acara ini kali pertama bersama rakannya—Nurul Nabilah Nahrawi, Budisetiawan Julkarnain, dan Tengku Afiq Tengku Khairul Faizi—menyifatkan program ini sangat bertenaga dan mengukuhkan persahabatan.

Kehadiran lori ikonik MILO® turut menggamit memori mereka menanti lori berkenaan di sekolah dahulu. Siti Asfadilah dan rakan-rakannya berharap dapat menyertai lagi acara ini pada masa hadapan.

Jelajah Hari Sarapan Malaysia MILO® 2026 akan diteruskan ke Kuala Terengganu, Kuching, Kuantan, dan Kota Bharu, sebelum kemuncak acara (grand finale) di Putrajaya pada 12 Julai 2026.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.milo.com.my/get-active/mbd-2026

Check Also

Johor Tuan Rumah Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSM 2026, Himpun Atlet Terbaik Seluruh Negara!

Share this on WhatsApp Foto & Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pasir Gudang, 15 Mei …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!