Home / Artikel Menarik / Duta New Balance, Ann Pow Melakar Sejarah: Wanita Malaysia Pertama Takluki Ultraman Australia 2026

Duta New Balance, Ann Pow Melakar Sejarah: Wanita Malaysia Pertama Takluki Ultraman Australia 2026

Kuala Lumpur, 11 Mei 2026 – Duta New Balance Malaysia, Ann Pow, telah melakar sejarah sebagai wanita Malaysia pertama yang berjaya menamatkan cabaran Ultraman, salah satu perlumbaan ultra-lasak paling mencabar dan eksklusif di dunia. Kejayaan beliau menamatkan acara sejauh 515km selama tiga hari di Queensland, Australia itu merupakan satu pencapaian besar dalam karier atletiknya, sekali gus memperkukuh reputasi atlet lasak Malaysia di persada global.

Berlangsung di Noosa, Sunshine Coast, Queensland, Ultraman Australia merupakan triatlon ultra-lasak tiga hari yang merangkumi disiplin renang, larian, dan berbasikal. Dalam acara ini, keupayaan untuk melengkapkan setiap peringkat perlumbaan sudah dianggap sebagai satu pencapaian yang luar biasa.

Perlumbaan ini terbahagi kepada tiga peringkat: Hari pertama dimulakan dengan renangan terbuka sejauh 10km diikuti dengan kayuhan basikal sejauh 145km; hari kedua melibatkan kayuhan tambahan sejauh 276.1km; dan hari ketiga diakhiri dengan larian dwi-maraton sejauh 84.3km. Secara keseluruhan, para peserta perlu menempuh jarak 515km dalam tempoh tiga hari berturut-turut, di mana setiap peringkat menuntut ketabahan fizikal dan mental yang tinggi.

Melintasi garisan penamat dengan catatan masa rasmi 30:43:24, prestasi Ann mencerminkan persediaan disiplin selama berbulan-bulan, perancangan strategik, serta fokus mental yang kental. Kejayaan ini meletakkan beliau dalam kelompok elit atlet di rantau ini yang berani menyahut cabaran sehebat itu.

Lebih daripada sekadar ujian fizikal, persiapan bagi menghadapi Ultraman menuntut Ann untuk melakukan transformasi menyeluruh dari segi corak latihan mahupun minda.

“Persediaan untuk Ultraman adalah sesuatu yang sangat berbeza daripada apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. Ia mengajar saya tentang erti kesabaran, konsistensi, dan cara untuk kekal tenang dalam kepayahan. Terdapat waktu latihan yang panjang dan berulang di mana cabaran sebenarnya bukan pada fizikal, tetapi mental — iaitu belajar mempercayai proses, memperlahankan rentak, dan terus melangkah walaupun kemajuan tidak kelihatan. Di situlah pertumbuhan sebenar berlaku,” kata Ann Pow.

Pencapaian beliau membawa makna yang besar sebagai atlet Malaysia yang bersaing di peringkat antarabangsa, namun bagi Ann, perjalanan ini bukan semata-mata untuk mencipta sejarah.

Walaupun gelaran wanita Malaysia pertama yang menamatkan Ultraman mempunyai prestij tersendiri, Ann tetap memberikan tumpuan kepada matlamat yang lebih peribadi: membuktikan kepada diri sendiri bahawa beliau mampu mencapai sesuatu yang dahulunya dianggap mustahil.

“Satu penghormatan besar dapat mewakili Malaysia dalam perlumbaan seperti ini, namun saya cuba untuk tidak membiarkan tekanan tersebut mengganggu pengalaman saya. Bagi saya, Ultraman sentiasa mengenai cabaran peribadi — peluang untuk berhadapan dengan sesuatu yang lebih besar daripada diri saya sendiri dan meneroka sejauh mana kemampuan saya. Melintasi garisan penamat itu bukan soal rekod, tetapi membuktikan bahawa had kemampuan kita selalunya jauh lebih hebat daripada apa yang kita bayangkan.”

Sepatutnya perlumbaan tiga hari tersebut, Ann mengharungi keletihan fizikal yang amat sangat serta tuntutan mental yang tinggi, yang mencerminkan fokus dan kesabaran yang diperlukan untuk menamatkan acara ultra-lasak pada skala ini.

“Saya hanya mahu melihat sejauh mana saya boleh pergi sebelum saya memberitahu diri saya untuk berhenti.”

Dengan berakhirnya Ultraman Australia, Ann kini sudah pun memandang ke hadapan untuk fasa seterusnya dalam perjalanan sukan lasaknya. Walaupun pemulihan dan penjagaan kesihatan menjadi keutamaan buat masa ini, beliau bertekad untuk terus mencabar diri melalui lebih banyak acara ultra-lasak bertaraf dunia dan berharap dapat terus mengharumkan nama Malaysia dalam komuniti sukan lasak global.

“Matlamat utama saya adalah untuk menamatkan cabaran dengan kuat dan kekal sihat. Sekarang setelah saya berjaya melintasi garisan penamat, saya tahu ini barulah permulaan. Saya mahu terus meneroka potensi diri, menyahut cabaran yang lebih besar, dan terus melangkaui sempadan kemampuan saya sendiri. Masih banyak lagi yang ingin saya kecapi.”

Kejayaan Ann Pow menamatkan Ultraman Australia 2026 berdiri sebagai mercu tanda penting dalam sukan lasak Malaysia. Sebagai wanita Malaysia pertama yang menamatkan perlumbaan ini, pencapaian beliau menonjolkan disiplin dan daya tahan tinggi yang diperlukan dalam sukan ultra-lasak tahap tertinggi. New Balance bangga menyokong Ann dalam usaha beliau terus mencabar had diri demi mengejar matlamat kecergasan yang baharu.

Check Also

ABARO Lancar Kasut Tropix HideTech: Utamakan Keperluan Warga Emas

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 8 Mei 2026 – Seiring peralihan Malaysia ke arah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!