Home / Artikel Menarik / ABARO Lancar Kasut Tropix HideTech: Utamakan Keperluan Warga Emas

ABARO Lancar Kasut Tropix HideTech: Utamakan Keperluan Warga Emas

Kuala Lumpur, 8 Mei 2026 – Seiring peralihan Malaysia ke arah masyarakat menua, ABARO, jenama kasut tempatan, tampil dengan satu solusi yang ringkas namun praktikal menerusi Tropix HideTech Sneakers. Rangkaian ini menandakan kali pertama inovasi HideTech diperkenalkan dalam koleksi kasut dewasa, yang direka khas untuk menyokong penjagaan harian insan tersayang sambil memberikan ketenangan fikiran kepada seisi keluarga.

Menggunakan teknologi HideTech, antara inovasi yang pernah diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai “Most Innovative Features in a School Shoe”,  Tropix HideTech Sneakers kini diadaptasikan untuk kegunaan dewasa menerusi rekaan poket tersembunyi yang membolehkan alat penjejak GPS disimpan dengan selamat bagi membantu pemantauan lokasi oleh ahli keluarga apabila diperlukan.

Pengenalan fungsi ini hadir seiring perubahan keperluan pengguna masa kini apabila semakin ramai rakyat Malaysia yang perlu mengimbangi di antara tuntutan kerja dan tanggungjawab penjagaan ibubapa. Dengan kajian terkini menunjukkan 1 daripada 10 individu berusia 60 tahun ke atas dilaporkan sebagai penghidap dementia, keperluan terhadap solusi harian yang praktikal dan mudah digunakan kini semakin mendesak, bukan sahaja untuk golongan berusia, malah juga penjaga mereka. Dalam masa yang sama, peningkatan kesedaran terhadap individu berkeperluan khas seperti autisme turut meningkat sekaligus membentuk pendekatan baharu buat ahli keluarga dalam aspek penjagaan dan keselamatan seharian.

“Kami melihat sendiri bagaimana teknologi HideTech dalam kasut sekolah memberikan ketenangan kepada ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka. Dalam masa yang sama, semakin ramai mula bertanya sama ada ciri ini boleh diperluaskan untuk kegunaan dewasa, khususnya buat ibu bapa yang semakin berusia. Dengan realiti hari ini di mana ramai perlu menggalas tanggungjawab menjaga keluarga, kami percaya inovasi ini mampu memainkan peranan bermakna dalam membantu mengurangkan kebimbangan harian keluarga dan penjaga. Kami mahu menawarkan sesuatu yang ringkas, praktikal dan selesa untuk kegunaan harian, sambil memberi lebih keyakinan dan ketenangan kepada mereka yang menjaga insan tersayang,” ujar Kevin Soh, Ketua Pegawai Operasi ABARO.

Bukan hanya sekadar dilengkapi dengan ciri keselamatan, Tropix HideTech Sneakers direka untuk keselesaan harian yang praktikal, dengan ciri-ciri seperti:

Kusyen Comfort Max Pro di tapak dalam dengan sokongan lengkungan kaki adaptif untuk keselesaan berpanjangan

● Tapak luar getah, GripTech untuk cengkaman kukuh serta kestabilan langkah

Tali elastik untuk pemakaian mudah tanpa perlu mengikat

Rekaan ringan yang menyokong pergerakan lebih selesa sepanjang hari

Dengan keseimbangan antara keselesaan dan rekaan praktikal ini menjadikan Tropix HideTech Sneakers sesuai untuk pelbagai rutin harian, daripada aktiviti santai hingga urusan seharian. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu biru, kelabu dan hitam, sesuai untuk gaya harian yang versatil.

Diperkenalkan sempena sambutan Hari Ibu Bapa Sedunia, Tropix HideTech Sneakers membawakan makna lebih daripada sekadar hadiah – ia melambangkan perhatian, keprihatinan dan kefahaman terhadap keperluan keluarga hari ini.

Bersempena meraikan sambutan yang istimewa ini, ABARO menawarkan pakej istimewa Tropix HideTech Sneakers bersama GP eTag Smart Tracker pada harga RM99 (harga runcit RM259),sah sehingga 15 Jun 2026* (tertakluk kepada terma dan syarat). Ia merupakan pilihan hadiah yang praktikal dan bermakna untuk ibu bapa serta insan tersayang. Koleksi ini boleh didapati di Shopee dan laman web rasmi ABARO. Untuk maklumat lanjut, ikuti ABARO di Facebook dan Instagram.

Check Also

Adidas Lancar Butik ‘Home Of Originals’ di The Campus Ampang

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 30 April 2026 – adidas membawakan Home of Originals …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!