
Kuala Lumpur, 30 April 2026 – adidas membawakan Home of Originals ke The Campus Ampang, menandakan lembaran baharu di Kuala Lumpur dengan pembukaan sebuah butik konsep yang direka untuk melangkaui pengalaman runcit konvensional dan menyelami sanubari komuniti, budaya, serta sukan.
Sebagai gedung pertama adidas Malaysia yang dibuka di luar pusat beli-belah tradisional, Home of Originals terletak dalam sebuah pusat kejiranan gaya hidup yang diberi nafas baharu daripada bekas kawasan kampus. Dengan sentuhan estetika reka bentuk industri, butik ini menawarkan pelbagai pilihan produk adidas Originals yang dikurasi khusus, merangkumi rangkaian pakaian, kasut, dan aksesori berteraskan fesyen, serta zon “MADE FOR YOU” yang direka untuk memberikan pengalaman yang lebih peribadi kepada komuniti.

“Home of Originals di The Campus Ampang mencerminkan pendekatan baharu adidas dalam menonjolkan keberadaan kami di bandar ini,” kata Pengurus Negara adidas Malaysia, Preston Page. “Ini melangkaui ruang runcit tradisional kerana kami mahu membina hab yang dibentuk oleh komuniti, dengan perancangan hiper-tempatan merangkumi acara komuniti, perjumpaan kelab larian, serta pengambilalihan adidas Football Park yang akan datang. Ia menandakan peralihan kami daripada perniagaan berasaskan runcit kepada perniagaan berteraskan budaya, mewujudkan ruang yang benar-benar berjiwa komuniti, dan bukan hanya sekadar gedung biasa.”
PENAWARAN EKSKLUSIF HOME OF ORIGINALS

Bagi menyemarakkan lagi semangat keaslian, pengunjung boleh menikmati tawaran eksklusif sempena hujung minggu pembukaan dari 1 hingga 3 Mei 2026, yang dirangka sebagai satu pengalaman interaktif di Home of Originals. Eksklusif untuk ahli adiClub, pelanggan yang berbelanja minimum RM399 akan menerima aiskrim percuma daripada Piccoli Lotti serta pastri daripada Universal Bakehouse. Selain itu, pelanggan juga akan menerima piring hitam Campus secara percuma dengan pembelian adidas Essentials Tee, selagi stok masih ada.
Bagi memantapkan lagi peranan Home of Originals sebagai hab gaya hidup yang menggabungkan elemen sukan, gaya dan komuniti, ahli adiClub berpeluang menerima pelbagai ganjaran eksklusif dari 30 April hingga 3 Mei, termasuk menebus sesi terhad Pilates di Flow Studio menggunakan mata ganjaran adiClub.

ADIDAS FOOTBALL PARK
Selain pembukaan House of Originals, adidas turut merancang untuk mentransformasikan padang bola sepak di The Campus Ampang menjadi adidas Football Park, yang bakal menjadi hab sukan dan komuniti padai masa depan. adidas Football Park bukan sekadar menyediakan kemudahan, ia juga akan memupuk semangat kesukanan yang lebih tinggi dalam kalangan komuniti melalui penganjuran pelbagai aktiviti dan acara sukan.

adidas Home of Originals terletak di LOT G-14, Aras Bawah, The Campus Ampang.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang berikut dan ikuti saluran media sosial adidas Malaysia untuk perkembangan terkini.
Laman Sesawang Rasmi: www.adidas.com.my Facebook: www.facebook.com/adidasMY Instagram: @adidasMY
