
Malaysia, 31 Mac 2026 – Inilah masanya untuk anda mengemas almari kasut demi tujuan murni! Project Love Sneaker kini kembali hasil kolaborasi antara Running Lab dan The Salvation Army, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Tempoh kempen: 1 – 30 April 2026.
Kesemua kasut terpakai yang didermakan akan diserahkan kepada The Salvation Army untuk dijual semula di Family Thrift Shops mereka. Hasil jualan tersebut akan digunakan sepenuhnya bagi menyokong pelbagai program komuniti di Malaysia, termasuklah:
- Pengurusan rumah kanak-kanak dan penjagaan warga emas.
- Latihan kemahiran untuk golongan berkeperluan khas.
- Bantuan kebajikan buat keluarga yang kurang bernasib baik.
Menariknya kali ini, kempen tersebut turut diperluaskan ke platform dalam talian. Langkah ini bagi memudahkan penyumbang yang tidak berkesempatan untuk hadir ke cawangan fizikal.
Ganjaran Eksklusif Untuk Anda
Sebagai tanda penghargaan atas kemurahan hati anda, setiap sepasang kasut yang disumbangkan akan menerima ganjaran berikut:
- Sumbangan di kedai: Baucar Running Lab bernilai RM150.
- Sumbangan melalui penghantaran (Pos): E-baucar RM150 beserta subsidi kos penghantaran sebanyak RM10.
Cara Untuk Menyertai:
- Hadir Terus: Hantar sumbangan anda ke mana-mana cawangan Running Lab berhampiran.
- Penghantaran (Pos): Gunakan khidmat kurier untuk menghantar kasut anda dan nikmati e-baucar serta subsidi RM10.
Untuk maklumat lanjut mengenai kriteria kasut dan prosedur sumbangan, layari: runninglab.my/pages/project-love-sneaker.
