
Kuala Lumpur, 16 Januari 2026 – Under Armour secara rasmi telah memperkenalkan kempen larian terbaharu mereka, “No Invitation Needed” (NIN), seiring dengan pelancaran koleksi kasut prestasi tinggi, UA Velociti generasi seterusnya. Mesej utama kali ini cukup ringkas namun mendalam: larian bukan tentang kelayakan atau pengiktirafan orang lain, tetapi ia adalah pilihan peribadi yang bermula sebaik sahaja anda melangkah keluar.

Melalui kempen ini, Under Armour ingin mengubah persepsi bahawa larian hanya tentang catatan masa dan rekod. Sebaliknya, ia adalah satu penghormatan kepada komitmen, proses, dan rentak unik setiap individu—daripada pelari amatur hinggalah atlet elit.

Velociti Elite 3: Senjata Juara Marathon
Bintang utama dalam koleksi ini ialah Velociti Elite 3, model yang telah membuktikan kehebatannya apabila atlet Under Armour, Sharon Lokedi, merangkul kejuaraan di Boston Marathon 2025.
Berbeza dengan model terdahulu, Elite 3 kini beralih kepada penggunaan midsole HOVR+ superfoam sepenuhnya. Perubahan ini bukan sahaja mengurangkan berat kasut, malah memberikan daya cengkam yang lebih padu. Gabungan buih HOVR+ dan plat karbon full-length menghasilkan lonjakan tenaga yang luar biasa, membantu pelari mengekalkan kelajuan walaupun di kilometer terakhir marathon yang mencabar.
“Velociti Elite 3 adalah hasil maklum balas ribuan kilometer larian. Ia memberikan kestabilan dan responsif yang saya perlukan untuk terus memecut,” kata Sharon Lokedi mengenai pengalamannya memenangi kejuaraan utama bersama inovasi ini.

Velociti Distance: Rakan Setia Larian Jarak Jauh
Untuk sesi latihan harian dan larian berjarak jauh (LSD), Velociti Distance adalah jawapannya. Direka khusus dengan midsole HOVR+ yang empuk, ia mampu menyerap impak dengan berkesan sekaligus mengurangkan keletihan otot. Struktur bahagian tengah kaki yang diperkukuh memberikan kestabilan pendaratan yang sangat diperlukan ketika melakukan persiapan marathon yang intensif.
Siri Lengkap Untuk Semua Jenis Larian
Selain dua model utama di atas, siri Velociti turut menawarkan pilihan mengikut keperluan latihan anda:



Koleksi Under Armour Velociti kini boleh didapati di semua Under Armour Brand House seluruh negara dan juga secara dalam talian di laman web rasmi Under Armour Malaysia. Harga jualan adalah bermula dari RM579 sehingga RM999.
