
Muhammad Muiz bin Mohd Khairuz Zaiem, 12, membuktikan semangat juang luar biasa apabila menamatkan acara Merentas Desa KPM-MSSM-MILO® B12 meskipun mengalami kecederaan ketika berada di dalam perlumbaan.
Berazam untuk menduduki podium, Muiz berdepan cabaran selepas bertembung dengan seorang lagi peserta, menyebabkan kekejangan otot yang mengancam rentak lariannya. Namun, dengan tekad yang tinggi, dia tetap meneruskan perlumbaan, berselang-seli antara berjalan dan berlari sehingga berjaya melintasi garisan penamat dalam masa di bawah 28 minit, disambut dengan tepukan gemuruh.
Kesungguhan dan keberanian yang ditunjukkan Muiz mendapat perhatian seluruh negara. Bapanya, Mohd Khairuz Zaiem bin Mohmood Nor, berkongsi detik-detik penting dalam perlumbaan di Instagram—mengingatkan rakyat Malaysia bahawa “sukan adalah guru terbaik”. Jurulatih Maleeq Ridz (@maleeq.ridz di TikTok) dan pencipta kandungan Cikgu Saidi Yusof kedua-duanya membantu menyebarkan kisah tersebut, menjadikannya salah satu peristiwa paling bermakna di acara pembukaan siri larian KPM-MSSM- MILO®. Ia turut memberi inspirasi kepada murid-murid lain untuk menunjukkan azam yang sama sepanjang musim ini.
Keluarga yang dibesarkan dengan berlari
Zaiem, seorang juruteknik berusia 40 tahun yang bekerja memasang CCTV dan penyaman udara, mula berlari semasa pandemik COVID-19 selepas doktor memberi amaran bahawa hasil saringan kesihatannya kurang baik. “Pada zaman sekolah dulu, saya seorang pelari jarak jauh,” jelas beliau, “memang saya tahu manfaatnya—tetapi saya tidak sangka seluruh keluarga saya juga mula terlibat dalam sukan ini.”
Beliau mempunyai lima orang anak, dan empat daripada mereka telah mula berlari dan menempa nama masing-masing dalam sukan ini. Anak sulungnya, Muhammad Mursyid, bersaing di peringkat negeri; Muhammad Muiz yang telah menambat hati penonton di Jasin; Muhammad Mustaqim berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir daerah; dan Rania, berbangga untuk mewakili sekolah dalam kejohanan tempatan.
Membesarkan empat pelari muda sudah tentu memerlukan belanja yang agak besar—kasut, makanan dan kos perjalanan—tetapi Zaiem menganggap setiap Ringgit yang dibelanjakan sebagai pelaburan dalam aspirasi mereka. Beliau terhutang budi kepada rakan-rakan dan komuniti sekolah kerana membantu membiayai pakaian sukan dan menyokong mereka untuk menyertai perlumbaan di negeri lain.
“Komitmen yang diberikan membawa kepuasan,” katanya. “Melihatkan mereka melintasi garisan penamat menjadikan setiap pengorbanan benar-benar berbaloi dan bermakna.” Dedikasi beliau bukan setakat membawa anak-anak ke perlumbaan: beliau juga mengatur latihan waktu petang, senaman awal pagi dan menguruskan sesi ulang kaji dan menyempurnakan tugasan sekolah selepas makan malam, yang merupakan sebahagian daripada rutin kehidupan keluarganya.
Pencapaian Muiz di Melaka bukan kejayaan peribadi semata-mata; ia membuktikan falsafah MILO® “Sukan Adalah Guru Terbaik”. Apabila menghadapi cabaran semasa berlari, beliau menunjukkan kecekalan; menerusi latihan konsisten, beliau membina disiplin dan menghargai nilai kerjasama sepasukan. Sifat-sifat yang sama juga diperlihatkan di sekolah, di mana sebagai ketua murid dan pemimpin Pengakap, beliau memberikan tumpuan kukuh kepada komuniti dan juga semangat kemasyarakatan.
Di luar arena perlumbaan, pencapaian akademik Muiz juga cemerlang— beliau berjaya mendapat tempat ketiga dalam Tahun 6 — sambil mengimbangi komitmen kokurikulum. “Saya mahu memperbaiki prestasi di setiap perlumbaan, dengan mengambil inspirasi daripada idola saya Haziq Hamzah, dan saya harap satu hari nanti saya akan dapat mewakili negara.”
Meninjau ke hadapan, Muiz ingin menyertai pemilihan daerah dalam acara pecut dan lari berpagar, dengan memendam impian satu hari nanti untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Bagi Zaiem, ganjaran paling besar ialah melihat anak-anaknya berlumba dengan berani dan mencapai potensi masing-masing—setiap langkah menjadi bukti keyakinan keluarga ini bahawa sukan mampu membina perwatakan yang baik.
Di Besut, terdapat kekurangan jurulatih bertauliah. Dengan matlamat mengisi kekosongan ini, Zaiem telah mendaftar untuk kursus kejurulatihan bertauliah dengan akreditasi jarak pertengahan dan jauh WAC Tahap 2, yang akan diadakan pada bulan Disember ini. Zaiem berharap untuk menurunkan ilmunya sebagai jurulatih bertauliah, dan menyemai generasi pelari yang baharu di bandar kelahirannya. Menerusi kejayaan dan kehampaan yang dikongsi bersama, keluarga Zaiem membuktikan bahawa setiap kali kita melangkah dan setiap kali kita tersungkur, ketabahan boleh membantu kita bangkit untuk melangkah lebih jauh—dan inilah nilai yang mendorong kecemerlangan peserta di acara KPM-MSSM- MILO®.
