Home / Berita Terkini / 3,000 Latihan Kecergasan Menanti Anda di F45 Training Ampang

3,000 Latihan Kecergasan Menanti Anda di F45 Training Ampang

F45_Ampang_001

Kuala Lumpur, 20 Januari 2018 – Pelari memerlukan kepelbagaian dalam senaman selain daripada latihan berlari untuk memperkuatkan bahagian badan yang lain dan mengekalkan kesihatan secara keseluruhannya.

F45_Ampang_002
Penyanyi utama Pretty Ugly, Neves Cugat dan hos selebriti Hannah Tan.

Berkonsepkan gimnasium ekspres, Functional (F45) Training Ampang menawarkan lebih 3,000 jenis latihan kecergasan dan senaman di bawah pemantauan barisan jurulatih profesional. Ia amat sesuai untuk pelari-pelari yang ingin mempelbagaikan latihan mereka.

F45_Ampang_003

Terletak di No 326, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (di bangunan M-City), F45 Ampang telah beroperasi selama tujuh bulan dan kini dibuka semula kepada umum setelah menjalani pengubahsuaian selama 3 minggu.

F45_Ampang_006

Gimnasium francais ini yang berasal dari Australia adalah satu solusi yang bagus bagi orang ramai yang mempunyai masalah untuk memulakan rutin sihat secara berstruktur.

Cabar diri anda dalam latihan litar (circuit training) intensiti tinggi dalam masa 45min dan diiringi oleh muzik rancak. Anda boleh memilih sesi latihan bergantung kepada keperluan anda yang melibatkan senaman menggunakan berat badan (body weight exercise) dan perkakas gym seperti kettlebell, dumbbell, chin-up bar dan sebagainya.

F45_Ampang_007

Pemiliknya F45 Ampang, Tengku Daud Shah berkata, “Pihak kami berhasrat menjadikan F45 Training sebagai hab sosial dengan fasiliti bertaraf dunia. Oleh itu, kami menawarkan lebih 3,000 jenis latihan dan senaman yang berbeza buat pelatih yang hadir dan dikendalikan oleh 8 jurulatih profesional yang berpengalaman.

F45_Ampang_004

“Istimewa di F45, setiap hari, minggu dan bulan, program latihan buat pelatih yang mendaftar masuk akan berubah dari semasa ke semasa,” tambah beliau, di samping turut memaklumkan bahawa F45 Training Ampang merupakan cawangan ketiga, selepas KLCC dan Mont Kiara.

F45_Ampang_005

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri bekas pemain ragbi kebangsaan dan pemain bola sepak UiTM FC, Anwarul Hafiz, selebriti Hannah Tan dan penyanyi kumpulan Pretty Ugly, Neves.

Neves berkata, “Saya rasa barai! Tapi best! Memang program ini banyak membantu untuk bina strength, core dan untuk keep fit. Lagi-lagi saya ni aktif dalam event ultra running. Saya memang perlukan aktiviti yang sebegini. F45 tak macam exercise yang lain. ”

Hannah Tan pula berkata, “Saya selalu membuat senaman body weight dan yoga di rumah. Dengan F45, saya dapat membuat senaman yang berbeza yang memerlukan daya ketahanan kardiovasular serta menggunakan perkakas gym yang tidak ada di rumah seperti senaman tali (rope exercise).”

F45_Ampang_010

Selain menyasarkan pembukaan cawangan di seluruh Malaysia, cawangan F45 Training dijangka akan dibuka di Damansara West, PJ New Town, Mid Valley, Bangsar, Damansara Heights, Mutiara Damansara dan Desa Park dalam waktu terdekat.

F45_Ampang_008

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

F45 Ampang
Alamat: No 326, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 012 440 5504
Laman Web: https://f45training.my/Ampang/
Emel: [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/f45ampang
Instagram: @f45_training_ampang

Foto oleh: Ezli Qamari & F45 Ampang.

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!