Home / Berita Terkini / 100% Yuran LION PARKSON RUN Bakal Disalurkan ke Badan Amal

100% Yuran LION PARKSON RUN Bakal Disalurkan ke Badan Amal

Lion_Parkson_Run_2018_004

Kuala Lumpur, 15 Mac 2018 – Yayasan Lion-Parkson (LPF) bakal menganjurkan edisi ketiga Lion Parkson Run di Pavillion Kuala Lumpur pada 22 April 2018 untuk mengumpul dana bagi pendidikan dan kebajikan termasuk bagi membesarkan rumah kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) serta kurang upaya mental di Banting, Selangor.

Rumah kanak-kanak OKU dan kurang upaya mental telah dibina dengan kos RM2.2 juta hasil sumbangan LPF di tanah seluas 1.7 hektar bernilai RM1.2 juta, sumbangan Kumpulan Lion. Rumah  kebajikan tersebut boleh didiami 100 kanak-kanak dan telah dibuka secara rasmi oleh Puan Sri Chelsia Cheng dan Pemain Badminton Negara, Dato’ Lee Chong Wei pada 4 November 2012.

Seratus lagi penghuni kanak-kanak dan warga tua boleh ditampung selepas projek membesarkan rumah itu siap kelak.

Lion_Parkson_Run_2018_002

Pengarah Pembarangan Parkson Corporation, Natalie Cheng mengalu-alukan penyertaan orang ramai serta media bagi larian yang dibahagikan kepada dua iaitu tiga kilometer (km) dan 10 km.

“Yuran pendaftaran bagi 10 km adalah RM80 manakala tiga km pula RM55 untuk dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak bawah 12 tahun. Terdapat juga larian istimewa satu km untuk pesakit kanser,” katanya pada sidang media di sini, hari ini

Lion_Parkson_Run_2018_008

Menurut Puan Sri Chelsia Cheng, 100% daripada yuran pendaftaran larian akan disalurkan kepada badan kebajikan tersebut.

Lion Parkson Run 2018 dilancarkan secara rasmi oleh Puan Sri Chelsia Cheng, Pengarah Kumpulan Lion  dan Pemegang Amanah LPF, Datuk CS Tang; Pemegang Amanah LPF, Dr CHua Siew Kiat; dan Ms Natalie Cheng.

Larian tersebut menyasarkan 5,000 peserta. Penganjur bersama adalah Yayasan Lee Chong Wei Foundation, dengan penaja utama oleh Parkson. Antara penaja lain adalah Polo, Akemi, Falmoff, Hi-Rev Lubricants, Hwa Tai, Penaja Lokasi – Pavillion Kuala Lumpur, 988 FM – Radio Rasmi Dan Minuman Rasmi  – Spritzer.

Lion_Parkson_Run_2018_007

Pingat penamat bagi semua pelari yang menamatkan larian dalam masa kelayakan.

Lion_Parkson_Run_2018_medal_001

Kemeja-T larian (oren) untuk semua peserta dan Kemeja-T Penamat (terhad kepada 1,000 penamat kategori 10km)

Lion_Parkson_Run_2018_005

Lion_Parkson_Run_2018_006

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.checkpoint.asia

Orang ramai  juga boleh menyumbang kepada LPF tanpa menyertai larian melalui laman web www.lion-parksonfoundation.com.my atau www.lion.com.my

#jomkitalari

 

 

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!