Home / Artikel Menarik / STAR WARS X BATA HERITAGE Bakal Dilancar 4 Mei Ini

STAR WARS X BATA HERITAGE Bakal Dilancar 4 Mei Ini

Starwars-Tennis-Group-2

Untuk Spring/Summer 2018, Bata Heritage bakal menampilkan karakter-karakter ikonik Star Wars dalam koleksi kapsul bagi Bata Bullets dan Bata Tennis.

Starwars-R2-5_50

“Gaya retro filem asal Star Wars oleh George Lucas menjadi titik permulaan bagi kolaborasi ini, dan ia membawakan legasi Bata; sebuah syarikat yang diasaskan dalam tahun 1894 dan masih menghasilkan gaya-gaya yang ikonik sehingga hari ini,” kata Charles Pignal, Pengarah Kumpulan Heritage.

Starwars5 (2)

Kasut Bata Tennis telah dikilangkan di India sejak tahun 1936. Rangkaian kasut ini dicipta khas untuk kanak-kanak sekolah untuk kegunaan di dalam kelas jsmani dan ia terus menjadi jenama kasut yang terlaris sehingga hari ini..

Starwars5

Bagi SS18, versi low-top telah di ubah semula dengan grafik tiga warna watak-watak ikonic seperti Darth Vador, R2D2 dan the Storm Trooper. Grafik Vader dan Trooper adalah dalam warna putih, hitam dan kelabu manakala R2D2 muncul dalam kombinasi warna putih, biru dan kelabu.

Starwars-Bullets-Group-2

Kasut Bata Bullets pada asalnya dicipta dalam tahun 1964 untuk pasukan bola keranjang Baltimore Bullets. Keluaran kasut ini telah dihentikan pada pertengahan 70-an tetapi disambung semula dalam tahun 2016, menunjukkan daya tahan nilai jenama ini.

Untuk kolaborasi ini, kasut Bullets boleh didapati dalam versi high-top sama ada dalam warna hitam atau putih, dengan patch getah logo ‘Star Wars’ berwarna biru atau merah di sisi kasut.

BataStarwars_FB1 (1)

Koleksi ini adalah edisi terhad dan bakal dipasarkan mulai 4 Mei 2018 di Bata Suria KLCC dengan harga RM249 untuk Bata Tennis dan RM299 untuk Bata Bullets. Kasut ini juga boleh dibeli secara online di www.bata.com.my mulai 7 Mei. Dua puluh lima pelanggan pertama akan menerima beg jinjing Bata Heritage eksklusif manakala lima puluh pelanggan yang pertama akan menerima seutas gelang tangan edisi terhad Star Wars X Bata Heritage.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!