Home / Berita Terkini / #SongkRUN – Larian Pesta Air dan Festival Muzik Terbesar Asia

#SongkRUN – Larian Pesta Air dan Festival Muzik Terbesar Asia

songkrun
Dari Kiri: Andrew Lee – CEO of Six Foot Fellow Worldwide , Lawrence Song – Pengurus Besar DAIKIN Malaysia Sales & Service Sdn Bhd, Aria Singham – COO of BAC dan Leshanth Raja Singham – CEO of FAC3 Entertainment.

Kuala Lumpur, 9 Mac 2017 – Setelah kejayaan pelancaran acara int pada tahun 2016. Larian Pesta Air SongkRUN 5K dan Festival Muzik yang dilancarkan oleh DAIKIN dan BAC, akan kembali menemui anda pada 26 Mac 2017 di MAEPS Serdang. Selangor dengan lebih kemeriahan dan keseronokan yang direka khas buat para peserta untuk berlari sambil bersercnok dengan percikan air sepanjang acara ini berlangsung.

Dikategorikan sebagai ‘`Larian Pesta Air dan Festival Muzik’ terbesar di Asia, SongkRUN menjanjikan anda kepuasan dan keseronokan dengan permainan percikan air dan pesta muzik sepanjang acara larian 5 kilometer.

Menurut Encik Lawrence Song. Pengurus Besar DAIKIN Malaysia Sales & Service Sdn Bhd- iaitu penaja bersama SongkRUN, “SongkRUN adalah acara larian yang menggunakan elemen air di mana ia bakal memberikan peserta pengalaman nyaman dan dingin. Ini berkait rapat dengan jenama DAIKIN, iaitu kami menawarkan elemen nyaman yang sama dan pengalaman melalui penghawa dingin kami yang berkualiti tinggi”.

Pada tahun ini, zon muzik dan air akan diperbaharui dengan penambahan zon terbaru. Antaranya ialah “water fountain”, “foam party”, “rain shower”, “icy rainbow” dan yang terakhir ialah “fire brigade”. Menunggu di garisan penamat adalah festival muzik SongkRUN yang menampilkan DJ ANRK, Chukiess & Whackboi dan ramai lagi. Acara larian ini dianjurkan oleh Six Foot Yellow Worldwide (SFY) dengan kerjasama FAC3 Entertainment bertujuan untuk memberi rakyat Malaysia peluang untuk melakukan aktiviti luar bersama rakan, keluarga dan kanak-kanak.

“Berbanding dengan tahun lepas, SongkRUN pada tahun ini lebih menarik kerana kami ingin mewujudkan suasana yang lebih mesra di antara peserta sambil mereka berpesta bersama percikan air. Nantikan lebih banyak berita gembira dan menarik selepas ini kerana kami akan memperluaskan lagi acara ini di sekitar negara ASEAN”, kata Encik Andrew Lee, pengasas kepada SongkRUN.

Acara ini adalah kolaborasi bersama Brickfields Asia College (BAC) bersama DAIKIN. “Matlamat BAC menaja acara ini adalah untuk rnenggalakkan para pelajar kami menjadi lebih sihat dan bertenaga,” kata Enok Raja Singham, Pengarah Urusan BAC. “Kesihatan dan kecergasan adalah sebahagian daripada BAC Experience untuk memperkayakan kehidupan pelajar. Kami juga berharap agar lebih orang ramai dapat melihat kebaikan acara SongkRUN ini,” kata Raja lagi.

Untuk menyertai acara larian ini, peserta boleh mendaftar di http://www.songkrun.com dan peserta mempunyai dua pilihan pakej kit larian. Pakej standard mengandungi t-shirt rasmi acara Ultron, kantung kalis air, gelang tangan dan medal, manakala untuk pakej shooter mengandungi tambahan pistol air yang boleh diisi semula.

Untuk maklumat yang terkini, sila layari  atau www.facebook.com/songkrun.

Check Also

Standard Chartered Singapore Marathon (SCSM) Kembali sebagai Perlumbaan Label Emas Olahraga Dunia

Share this on WhatsApp Standard Chartered Singapore Marathon (SCSM) bakal kembali tahun ini sebagai Perlumbaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!