Home / Artikel Menarik / Shokz Perkenal OpenFit Pro: Revolusi Audio ‘Open‑Ear’

Shokz Perkenal OpenFit Pro: Revolusi Audio ‘Open‑Ear’

[Dari kiri] Deric Seah, Pengarah Shokz Malaysia, dan Lyndon Chen, Pengurus Jualan APAC Shokz, merasmikan pelancaran model perdana terbaharu Shokz, iaitu OpenFit Pro.

Kuala Lumpur, 13 Mei 2026 – Shokz, perintis teknologi audio pendengaran terbuka (open-ear), hari ini memperkenalkan model perdana terbaharunya, OpenFit Pro. Model revolusi ini menampilkan pemacu dwi-diafragma seiring serta fungsi pengurangan hingar dalaman. Hasilnya, ia bukan sahaja menawarkan kualiti bunyi yang lebih mantap, malah memberi kebebasan kepada pengguna untuk beralih antara mod pendengaran imersif dan ’open-ear’ secara lancar mengikut kesesuaian persekitaran.

Majlis pelancaran tersebut telah menghimpunkan komuniti Shokz, penggemar teknologi, pempengaruh serta rakan media yang teruja untuk merasai sendiri inovasi terbaharu dalam audio ’open-ear’. Para tetamu berpeluang mencuba OpenFit Pro melalui pameran interaktif yang menonjolkan cara teknologi bunyi canggih ini mampu memenuhi keperluan gaya hidup moden.

Sejak tahun 2011, Shokz konsisten menghasilkan produk audio premium melalui reka bentuk ’open-ear’ yang sinonim dengan jenama ini dengan mengutamakan keselesaan, keselamatan serta kepekaan terhadap persekitaran. Dicipta untuk prestasi harian, setiap inovasinya dikuasakan oleh Shokz OpenSound, sebuah sistem teras yang menggabungkan teknologi penghasilan bunyi canggih, algoritma audio pintar serta kawalan ketirisan bunyi bagi mengoptimumkan pengalaman pendengaran terbuka.

“Malaysia merupakan pasaran yang sangat penting bagi Shokz memandangkan ramai pengguna di sini memilih gaya hidup fleksibel dan aktif yang memerlukan keseimbangan antara kualiti audio dan kepekaan terhadap persekitaran,” kata Lyndon Chen, Pengurus Jualan di Shokz APAC. “Melalui OpenFit Pro, kami berbangga dapat membawakan inovasi terbaharu kami ke Malaysia, menggabungkan teknologi ‘open-ear’ termaju dengan bunyi yang lebih mantap serta keselesaan sepanjang hari bagi rutin harian masyarakat di sini.”

[Dari kiri ke kanan] Adam Lobo, Ketua Pegawai Eksekutif Adam Lobo Media Group PLT; Dr. Say Shazril, Doktor Perubatan dan Pempengaruh; Timothy Tiah, Pencipta Kandungan dan Ketua Pegawai Eksekutif Colony; serta Hunny Madu, Pengacara TV, Penyanyi, Rapper dan Pencipta Kandungan

Majlis pelancaran tersebut turut menampilkan sesi perbincangan di antara pengulas teknologi, Adam Lobo selaku moderator, pakar kecergasan dan kesihatan Dr. Say Shazril, usahawan dan pencipta kandungan Timothy Tiah serta penyampai radio, personaliti TV dan pencipta kandungan, Hunny Madu. Perbincangan tersebut mengupas bagaimana trend audio ‘open-ear’ mencorak gaya hidup moden, sekali gus membolehkan pengguna kekal peka kepada persekitaran luar, terhubung dan produktif dalam kerja harian mahupun aktiviti riadah. Ia juga mencerminkan permintaan yang kian meningkat terhadap pengalaman audio yang lebih seimbang dan realistik.

Kualiti Bunyi Unggul dengan Perincian Mendalam

Dikuasakan oleh Shokz SuperBoost™, OpenFit Pro menghasilkan audio yang jelas, dinamik dan bebas herotan (distortion-free). Rekaan dwi-diafragma seiringnya menghasilkan nada tinggi yang lancar serta bes yang mendalam, manakala penggunaan bahan berkualiti tinggi memastikan prestasi yang konsisten.

Sokongan Dolby Atmos dan fungsi pengesanan kepala (head tracking) memberikan pengalaman pendengaran yang lebih imersif. Pengguna juga boleh melaraskan tetapan audio mengikut cita rasa sendiri melalui mod EQ yang sudah tersedia atau secara manual di aplikasi Shokz.

[Dari kiri] Adam Lobo; Dr. Say Shazril; Timothy Tiah; Hunny Madu; Deric Seah, Pengarah Shokz Malaysia; serta Lyndon Chen, Pengurus Jualan APAC Shokz, meraikan pelancaran rasmi Shokz OpenFit Pro di Malaysia.

Keseimbangan Antara Fokus dan Kepekaan

Penghasilan ciri pengurangan hingar pada fon telinga rekaan terbuka bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, melalui OpenFit Pro, Shokz memperkenalkan ciri pengurangan hingar ’open-ear’ pertama mereka, menggabungkan reka bentuk ikonik dengan kawalan bunyi yang canggih untuk fleksibiliti maksimum.

Dilengkapi dengan sistem tiga mikrofon dan algoritma penyesuaian telinga, peranti ini mampu mengesan bunyi luaran serta dalaman dengan tepat bagi memberikan kesan pengurangan hingar yang dioptimumkan secara masa nyata. Pemodelan akustik yang canggih juga memastikan prestasi kekal konsisten bagi pelbagai bentuk telinga pemakai.

Pengguna boleh menukar mod dengan mudah mengikut persekitaran, sama ada di pejabat, kafe mahupun semasa berbasikal di jalan raya, tanpa menjejaskan kepekaan pendengaran terhadap persekitaran luar. Tahap pengurangan hingar juga boleh dilaraskan melalui aplikasi Shokz mengikut cita rasa si pemakai.

Direka Untuk Kemudahan Maksimum

OpenFit Pro hadir dengan reka bentuk unibody yang kemas, lengkap dengan mikrofon timbul dan Gelang Pengurangan Hingar bagi menghasilkan panggilan yang jelas. Diperbuat menggunakan silikon ultra-lembut dan cangkuk telinga nikel-titanium yang fleksibel, ia menghasilkan pemakaian yang selamat, mesra kulit dan boleh disesuaikan dengan pebagai rupa bentuk telinga. Aksesori sokongan opsyenal turut tersedia bagi memberikan kestabilan tambahan, terutamanya bagi pengguna bertelinga kecil.

Dengan waktu penggunaan sehingga 12 jam (dan sehingga 50 jam dengan bekas pengecas), ia amat sesuai untuk kegunaan sepanjang hari. Pengecasan pantas selama 10 minit memberikan waktu main semula sehingga 4 jam, manakala sokongan pengecasan tanpa wayar menambah lagi kemudahan buat pengguna.

Direka dengan ciri-ciri yang mudah digunakan, ia dilengkapi butang fizikal kalis air, pengesanan pemakaian, penyambungan pelbagai peranti (multipoint pairing), penarafan IP55 serta Bluetooth 6.1 untuk prestasi boleh dipercayai sepanjang hari.

Tersedia dalam warna hitam dan putih, OpenFit Pro dipasarkan pada harga RM1,199.

Spesifikasi Lain Shokz OpenFit Pro:

Direka dengan faktor bentuk ’open-ear’ untuk kekal peka kepada persekitaran luar, OpenFit Pro menggabungkan keselesaan dan teknologi audio canggih dalam rekaan ringan seberat 12.3g bagi setiap fon telinga. Ia turut dilengkapi cangkuk aloi titanium yang fleksibel dan dioptimumkan untuk Dolby Atmos, serta pengesanan kepala untuk pengalaman audio yang lebih imersif.

Spesifikasi tambahan merangkumi tiga mikrofon dengan pengecaman suara AI untuk panggilan lebih jelas, serta sokongan profil A2DP, AVRCP dan HFP. Ia juga menawarkan waktu bersedia (standby) selama 270 hari dan dilindungi oleh waranti selama 2 tahun untuk ketenangan minda pengguna.

Seiring dengan pengembangan cawangan berterusan di Malaysia, Shokz baru-baru ini telah membuka Mono Store pertamanya di IOI City Mall, Putrajaya. Kedai ini menawarkan rangkaian produk lengkap termasuk OpenRun, OpenComm, OpenFit serta OpenFit Pro yang baru dilancarkan. Orang ramai dijemput hadir untuk merasai sendiri pengalaman Shokz dan mendapatkan model yang paling sesuai dengan gaya hidup mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti

Instagram @shokzmalaysia
Facebook Shokz Malaysia
Tiktok @shokzmalaysia

Check Also

Siri HUAWEI WATCH FIT 5 Bakal Menemui Pasaran Malaysia pada 19 Mei Ini

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 12 Mei 2026 – Huawei Malaysia secara rasminya mengumumkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!