Home / Berita Terkini / Shamrock Run 2025: Larian Persahabatan Ireland-Malaysia Kembali Untuk Edisi ke-6

Shamrock Run 2025: Larian Persahabatan Ireland-Malaysia Kembali Untuk Edisi ke-6

Petaling Jaya, 28 Mei 2025 – Persatuan Alumni Pelajar Ireland di Malaysia akan menganjurkan acara Shamrock Run Malaysia 2025  pada hari Ahad, 29 Jun 2025 pada jam 7 pagi di Taman Wetlands, Putrajaya.

Majlis pelancaran Shamrock Run Malaysia 2025 di adakan baru-baru ini di O’Briens Irish Sandwich Café di UOA Damansara II, yang disempurnakan oleh Duta Besar Ireland ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Orla Tunney.

Penganjuran ini adalah untuk kali ke 6 setelah penganjuran pertamanya pada 2014. Larian adalah tidak kompetitif bertujuan untuk menerapkan nilai kesihatan dan kebersamaan untuk bersama rakan dan keluarga.  Hadiah akan diberikan kepada peserta yang berpakaian menarik melambangkan kebudayaan Malaysia dan Ireland beserta motif Shamrock.  Setiap peserta akan diberikan T-Shirt Larian, nombor larian dan pingat penamat yang menarik.

Dalam ucapan utamanya, Duta Besar Ireland ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Orla Tunney melahirkan rasa gembiranya melihat perkembangan minat di kalangan pelari di Malaysia yang menyokong perkongsian budaya Malaysia dan Ireland. 

Di samping itu, kesedaran mengenai budaya dan keunikan perbezaan budaya dan resam Malaysia dan Ireland dapat diraikan bersama semasa larian tersebut setelah lima tahun larian dianjurkan sebelum ini, yang tidak diadakan kerana COVID 19.  Beliau juga menggalakkan orang ramai untuk mendaftar dalam acara yang menarik ini.

“Shamrock Run Malaysia 2025 membawa kedua rakyat Malaysia dan Ireland bersama, meraikan perbezaan budaya bersama dan membina jalinan hubungan yang kukuh sesama rakyat,” tambah beliau.

Hadir sama pada pelancaran tersebut adalah Hafidz Kosai bin Mohd Zihim, Presiden, Alumni Pelajar Ireland di Malaysia dan Pengarah Urusan O’Briens Irish Sandwich Café, Brian Pua.

Turut hadir memberi sokongan kepada Shamrock Run Malaysia 2025 adalah Che Puan Sarimah Ibrahim yang mempunyai hubungan leluhur dari Ireland melalui ayahnya.

Shamrock Run Malaysia 2025 dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pelajar Ireland dengan kerjasama Kedutaan Besar Ireland di Malaysia dan di sokong oleh O’Briens Irish Sandwich and Café.

Terdapat 2 kategori larian iaitu untuk 10 km  dan 5km Keluarga beserta anak-anak dengan kerusi tolak (Stroller) digalakkan mengambil bahagian. Saiz T-Shirt disediakan untuk kanak-kanak dan dewasa sehingga saiz 6XL. Laluan larian akan melalui pemandangan berbukit dan hijau persekitaran Taman Wetlands, Putrajaya.

Pendaftaran adalah melalui dalam talian (online) melalui: https://www.ticket2u.com.my/event/40573/shamrock-run-2025

Yuran penyertaan adalah RM68.25 untuk 10km dan RM52.50 untuk 5km

Untuk maklumat lanjut, sila email ke [email protected] atau hubungi Encik Redza di 012-268 7053 atau Encik Hafidz di 012-6908307

Check Also

Run & Sip Club by So Good Kembali dengan Sesi Baharu dari April hingga Jun 2026

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 13 April 2026 – So Good, jenama susu berasaskan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!