Home / Berita Terkini / Serlahkan Kepahlawanan Anda dengan Minuman Tenaga WARRIOR

Serlahkan Kepahlawanan Anda dengan Minuman Tenaga WARRIOR

Warrior_Sparkling_Energy_Drink_004

Petaling Jaya, 31 Mac 2017 – Allexcel dan TC Pharma hari ini mengumumkan pelancaran Warrior, minuman tenaga sparkling yang serba baharu. Warrior merupakan jenama dinamik yang menyasarkan untuk meluaskan kategori minuman tenaga di Malaysia dengan usaha untuk membantu pengguna “menyerlahkan keyakinan dan keberanian” dan semangat kepahlawanan mereka dengan dua perisa hebat – zesty lemon dan fruity strawberry.

Diperkaya dengan kebaikan vitamin B dan C, masing-masing untuk meningkatkan daya tumpuan dan keimunan serta ekstrak Ginseng untuk menambah tenaga, Warrior menawarkan pengguna kecerdasan(kesiapsiagaan) yang amat diperlukan untuk mara ke hadapan dalam menjalankan tugas harian mereka dengan keberanian, keyakinan dan ketangkasan seorang wira!

Warrior_Sparkling_Energy_Drink_002

Jate Samathivathanachai, Pengarah Strategi & Pelaburan di Allexcel, berkata, “Warrior adalah produk yang hebat. Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat tetapi juga memberikan sensasi pada lidah, sementara vitamin, ekstrak ginseng dan taurina memberikan tenaga yang diperlukan untuk meneruskan senarai tugas yang tidak berpenghujung. Warrior berhasrat untuk menjadi pembolehdaya bagi generasi millennial dan belia untuk memajukan diri mereka supaya dapat mencapai potensi mereka yang sepenuhnya dengan langkah yang berkeyakinan.”

Warrior_Sparkling_Energy_Drink_001

Samathivathanachai seterusnya menjelaskan bahawa personaliti Warrior adalah sejajar dengan “Pahlawan Muda Zaman Moden” yang mencari jalan untuk memberikan yang terbaik, melangkah keluar dari zon selesa mereka dan merasai pengalaman baharu. Kebanyakan antara kita memerlukan kepastian bahawa mereka membuat keputusan yang betul dan jenama ini berusaha untuk menjadi pemangkin dalam membantu mendorong pengguna supaya mempunyai keyakinan diri – dan inilah yang melahirkan wira sejati. Hidup ini penuh dengan cabaran, tetapi janganlah menjadi seorang PERISAU, jadilah seorang Pahlawan.

Warrior_Sparkling_Energy_Drink_007

“Salah satu daripada matlamat kami dalam melancarkan Warrior di pasaran Malaysia ialah untuk menyediakan alternatif yang menarik bagi minuman sedia diminum yang biasa kepada pengguna dalam bentuk minuman tenaga sparkling yang menyegarkan serta untuk menghidupkan kembali selera generasi millennial. Warrior merupakan minuman dinamik yang diperbuat daripada ramuan berkualiti tinggi dan mempunyai daya tarik bagi pengguna yang mempunyai gaya hidup aktif yang menginginkan minuman perangsang,” tambah Samathivathanachai.

Warrior_Sparkling_Energy_Drink_005

Sebagai sebahagian daripada pelancaran dan pameran bergerak “Warrior Genesis” selama tiga hari, orang ramai akan dapat merasai pengalaman pengembaraan lintas teknologi baharu untuk “Menyerlahkan Kepahlawanan” dalam diri mereka. Aktiviti bermula dengan peserta mengenakan “War Paint” pemarmaran yang menarik perhatian yang merupakan pertama di Malaysia, di lengan mereka, diikuti oleh “Mission” realiti maya, yang diakhiri dengan peserta memberikan “Victory Pose” yang akan dirakam dengan teknik penggambaran bullet time dalam bentuk cetakan lentikular 3D yang boleh dibawa pulang sebagai kenangan pengembaraan Warrior tersebut. Pameran bergerak Warrior bermula hari ini di Petaling Jaya dan akan menjelajah ke Johor Bahru pada 29-30 April dan ke Pulau Pinang pada 20-21 Mei.

Warrior_Sparkling_Energy_Drink_006

Warrior boleh didapati di kedai serbaneka terkemuka dan kedai di stesen minyak terpilih, kedai-kedai runcit, pasaraya dan pasaraya besar pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM2.10 – 2.30 setin (bergantung kepada peruncit). Sempena pelancaran tersebut, orang ramai boleh menikmati promosi istimewa iaitu RM4.00 untuk dua tin Warrior 325ml dari 31 Mac hingga 2 April 2017 di Blue Concourse, Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid, serta berpeluang untuk merasai pengalaman Warrior Journey yang akan disertakan dengan aktiviti-aktiviti yang unik dan mengujakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Warrior, sila layari www.facebook.com/WarriorSparklingEnergyMY dan www.instagram.com/WarriorSparklingEnergyMY.

Check Also

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2020 Dibatalkan!

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 7 April 2020 – Penganjur Kuala Lumpur Standard Chartered …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!