Home / Berita Terkini / SCKLM Menangi Dua Anugerah Emas SPIA Asia

SCKLM Menangi Dua Anugerah Emas SPIA Asia

SCKLM_SPIA_2

Bangkok, November 2017 – Standard Chartered KL Marathon (SCKLM) menempa nama sebagai acara sukan terulung di Malaysia dengan menggondol dua anugerah emas dalam acara tahunan SPIA – Anugerah dan Persidangan Industri Sukan Asia (Asia’s Sports Industry Awards and Conference) yang dianjurkan baru-baru ini. Dirigo Events, pemilik dan penganjur SCKLM, memenangi Acara Sukan Penyertaan Beramai-ramai Terbaik (Best Mass Participation Event) dan rakan teknologi SCKLM, MYLAPS mengunguli anugerah emas sebagai Platform Sukan Digital Terbaik (Best Sports Digital Platform) untuk aplikasi SCKLM.

SCKLM_SPIA_1

Tahniah #jomkitalari ucapkan kepada Standard Chartered KL Marathon. Edisi ulang-tahun ke-10 SCKLM bakal berlangsung pada 8 April 2018. Pendaftaran akan dibuka kepada orang ramai mulai 10 Januari 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kl-marathon.com/

Check Also

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

Share this on WhatsApp PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!