Home / Berita Terkini / Pusat Jenama adidas Sunway Pyramid Kini Menjadi Hab Kreativiti Terbaharu di Malaysia

Pusat Jenama adidas Sunway Pyramid Kini Menjadi Hab Kreativiti Terbaharu di Malaysia

Petaling Jaya, 8 Oktober 2025 – adidas melakar transformasi paling berani dalam sejarah perniagaannya dengan pembukaan semula Pusat Jenama adidas di Sunway Pyramid. Gedung dua tingkat yang serba baharu ini menjadi mercu tanda kreatif jenama tersebut, sebagai tempat pertembungan sukan, fesyen jalanan serta budaya, yang mencerminkan warisan global adidas di samping meraikan identiti tempatan.

Sejak dibuka pada tahun 2019, Pusat Jenama adidas di Sunway Pyramid telah menjadi salah satu  lokasi penting adidas di Malaysia. Kini,  melalui proses transformasi paling berani setakat ini, gedung berkenaan menampilkan sistem modular berasaskan logam serta rekaan minimalis berinspirasikan perindustrian, melambangkan kejituan dunia sukan dan fleksibiliti budaya jalanan. Lebih daripada sekadar destinasi membeli-belah, ia menyediakan ruang yang mengundang komuniti dan pencinta budaya untuk berinteraksi dengan adidas serta membentuk pengalaman unik bagi diri masing-masing.

Preston Page, Pengurus Negara, adidas MY

Hab Kreativiti untuk Rakyat Malaysia

Selaras dengan peranannya sebagai hab kreativiti, Pusat Jenama adidas ini menyediakan ruang khusus untuk menyemarakkan imaginasi, meraikan keunikan individu, dan memperkasa ekspresi diri. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, adidas telah bekerjasama dengan dua artis tempatan, di mana karya mereka menjadi tumpuan di ruang berkenaan:

Kaiyi Wong dari Unreality Studio

Dikenali sebagai Unrealitykai, Kaiyi Wong ialah pereka dan artis digital tempatan yang meneroka sempadan antara dunia maya dan realiti. Pengasas Unreality Studio ini menggabungkan elemen kesenian dengan seni bina, serta ruang dengan imaginasi. Karya seni Kaiyi, yang dipamerkan di belakang kaunter bayaran di aras LG, menyatukan elemen sukan, budaya, keterangkuman, dan kelestarian dalam satu ekspresi berani, mentafsir semula Logo Sukan adidas melalui kaca mata budaya Malaysia sebagai lambang kontemporari identiti, kemajuan, dan masa depan.

AsmoeRoc

Apabila pengunjung menaiki eskalator dari aras  LG ke aras GF, mereka akan disambut oleh karya grafiti AsmoeRoc  yang berani dan berinspirasikan budaya jalanan. Seorang pelukis grafiti dan arkitek bertauliah, AsmoeRoc menggabungkan elemen hip-hop dengan seni bina untuk menghasilkan gaya tersendiri yang diiktiraf di peringkat global melalui garis yang rumit, karakter yang mantap, dan warna yang garang. Terpampang di sisi eskalator, karyanya menyerlahkan semangat jitu Kuala Lumpur dalam bentuk arca. Diinspirasikan oleh ritma kehidupan kota, instalasi ini menampilkan gambaran sebenar kota di mana adidas bergerak senada dengan nadi jalanan.

Gabungan karya seni ini menjadikan Pusat Jenama adidas lebih daripada sekadar sebuah gedung perniagaan. Daripada tafsiran futuristik Kaiyi terhadap sukan, hinggalah kepada gaya urban yang berani oleh AsmoeRoc, Pusat Jenama ini berkembang menjadi destinasi budaya yang menggalakkan komuniti untuk mengimaginasikan semula kreativiti.

Pengalaman Imersif dan Penawaran Eksklusif

Selain menjadi ruang yang memupuk inspirasi pengguna, pembukaan semula Pusat Jenama adidas Sunway Pyramid turut menggalakkan pengunjung meneroka kreativiti mereka melalui beberapa siri zon interaktif yang imersif, setiap satunya direka untuk menyemarakkan imaginasi dan ekspresi diri.

Zon Footwear Wall yang serba dinamik menampilkan inovasi prestasi terkini daripada adidas. Selain mempamerkan koleksi kasut, ruang ini turut meraikan keunggulan seni reka dan teknologi adidas,  memberi inspirasi kepada pengunjung untuk terus mencabar kemampuan diri dengan setiap langkah.

Seterusnya, zon Key City Tee mencerminkan komitmen adidas dalam meraikan budaya tempatan. Ruang ini menampilkan identiti global adidas dengan mengangkat semangat Malaysia melalui ekspresi tempatan yang tersendiri. Sebagai simbol kebanggaan dan kreativiti yang boleh digayakan, Key City Tee menggabungkan warisan global dengan naratif tempatan.

Sementara itu, zon Motorsport Simulator pula mencabar ketangkasan pengguna sebagai pelumba. Di sini, mereka dapat merasai debaran perlumbaan sebenar melalui teknologi canggih. Ia bukan sekadar permainan video, tetapi satu pengalaman yang menggabungkan kelajuan, reka bentuk dan prestasi.

Akhir sekali, pengguna boleh mencabar kreativiti mereka di kaunter Made For You, ruang khas yang membolehkan pengguna mereka bentuk dan menyesuaikan produk adidas mengikut cita rasa sendiri. Di sini pengguna boleh menyerlahkan kreativiti dengan mengubahsuai warna serta kemasan, menjadikan setiap ciptaan sebagai sesuatu yang benar-benar unik.

Selain tarikan utama tersebut, zon adidas Originals berfungsi sebagai hab budaya Pusat Jenama adidas, ikonik, tersusun rapi dan progresif. Dengan sentuhan estetik industri, logo Trefoil yang tersergam serta kemasan berasaskan logam, ruang ini menyerlahkan nadi kreativiti adidas.

Sementara itu, Training Section direka bagi memupuk disiplin, meningkatkan prestasi dan mentakrif semula kekuatan diri. Kesemua zon ini menjadikan Pusat Jenama adidas sebagai hab kreativiti sebenar, menggabungkan sukan, gaya jalanan dan budaya dalam satu destinasi berani di mana imaginasi dapat direalisasikan.

Bagi meraikan pembukaan Pusat Jenama adidas Sunway Pyramid, pengguna berpeluang menikmati pengalaman eksklusif Dip Dye dengan setiap pembelian adizero EVO SL, dari 10 hingga 12 Oktober 2025, sementara stok masih ada. Tertakluk pada terma dan syarat.

Pusat Jenama adidas terletak di Aras LG, 1.18 – 1.20A dan Aras G, 1.17 – 1.19, Sunway Pyramid, beroperasi dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai gedung ini dan produk terkini adidas, sila layari laman sesawang rasmi: www.adidas.com.my dan www.facebook.com/adidasMY, atau ikuti perbualan media sosial di @adidasMY.

Check Also

Run & Sip Club by So Good Kembali dengan Sesi Baharu dari April hingga Jun 2026

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 13 April 2026 – So Good, jenama susu berasaskan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!