Home / Berita Terkini / Perjuangan ADD HOPE KFC Mengutip Dana RM4.2 Juta

Perjuangan ADD HOPE KFC Mengutip Dana RM4.2 Juta

kfc_add_hope_005

Putrajaya, 18 Mac 2018 – KFC Malaysia melabuhkan tirai kempen inisiatif tanggungjawab korporat, Add Hope KFC bagi 2017 dengan catatan dana tertinggi dalam tempoh 11 tahun penganjurannya dengan kutipan berjumlah RM4.2 juta.

kfc_add_hope_001

Pencapaian itu diumumkan oleh Yang Berhormat Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Berhad (QSR Brands), pada kemuncak acara Add Hope KFC yang berlangsung di Dataran Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya, hari ini.

Hadir bercemar duli iaitu Penaung Diraja Add Hope Malaysia, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor.

Turut serta menghulurkan sokongan adalah Yang Mulia Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam.

Dato’ Kamaruzzaman dalam ucapannya berkata: “Program ini merupakan satu perjalanan jangka panjang. Justeru, ia menuntut kerjasama semua pihak untuk sama-sama mencipta perubahan.

kfc_add_hope_003

Ucapan terima kasih sahaja tidak cukup untuk menyatakan penghargaan kepada kemurahan hati rakyat Malaysia ini. Kerana sumbangan anda, kami dapat menyalurkan sumbangan. Marilah kita sama-sama meneruskan perjuangan bersama KFC Malaysia dan meningkatkan lagi inisiatif ini ke tahap lebih besar pada tahun-tahun akan datang untuk menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.”

Inisiatif tahunan ini mula mengumpul dana sejak dilancarkan pada Jun 2017. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, dana dikumpul melalui penjualan set hidangan Add Hope KFC, platform derma atas talian, serta tabung derma yang ditempatkan di semua restoran KFC.

kfc_add_hope_007

Sebagai satu usaha berterusan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai masalah kebuluran dan kemiskinan dunia, larian amal ‘Add Hope Run – Stop Hunger’ turut dianjurkan bersempena penutupan kempen untuk tahun tersebut.  Bersesuaian dengan tema ‘Empowering Juniors, Inspiring Change’, acara ini bermatlamat menyemai nilai murni dan memberi kesedaran awal kepada golongan muda.

Larian yang dianjurkan buat julung kali ini menyaksikan lebih 2,500 peserta muda melangkah bersama KFC Malaysia sekaligus menjadi penggerak muda bagi misi kemasyarakatan ini.

“Kami percaya bahawa generasi muda memainkan peranan penting di dalam masyarakat ke arah membentuk dunia yang lebih baik. Oleh itu, sebagai ibu bapa dan penjaga, kita harus menyemai nilai-nilai murni serta memberi pendidikan dan pendedahan awal supaya generasi seterusnya lebih prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik terutama isu kemanusiaan termasuk kebuluran. Dan pada hari ini, kami mengambil pendekatan untuk mengajak golongan cilik ini untuk turut serta meningkatkan kesedaran terhadap usaha ini,” kata Dato’ Kamaruzzaman lagi.

kfc_add_hope_002

Hadir sama, Encik Carlos Melendez, Ketua Depot Respon Kemanusiaan PBB bagi Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB); Madelene Sachi, Ketua Pegawai Perundangan KFC Asia & Pizza Hut Asia Pasifik; serta jurucakap kempen, Scha Alyahya.

Jemputan khas yang hadir adalah wakil badan bukan kerajaan (NGO), penghuni rumah kebajikan, barisan pengurusan KFC Malaysia serta diserikan oleh persembahan daripada selebriti tempatan.

QSR Brands adalah syarikat Kumpulan Johor Corporation yang menguruskan operasi lebih 750 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja serta menyajikan ayam goreng KFC yang halal.

kfc_add_hope_004

Sebahagian besar hasil kutipan bakal disalurkan ke seluruh Malaysia melalui kerjasama erat KFC bersama pelbagai badan bukan kerajaan dan organisasi tempatan kepada golongan miskin tegar, gelandangan dan mereka yang kurang berkemampuan secara lebih efektif. Sebahagian lagi kutipan akan disalurkan kepada Program Makanan Sedunia PBB untuk membantu individu kurang bernasib baik serata dunia akibat kebuluran.

kfc_add_hope_008

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/AddHopeMalaysia.

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!