Home / Berita Terkini / Pelari Pinta Polis Kuching Tingkatkan Keselamatan Berikutan Serangan

Pelari Pinta Polis Kuching Tingkatkan Keselamatan Berikutan Serangan

ceravarunningcrew--1515774062058

Kuching, 11 Januari 2018 – Para pelari meminta pihak polis untuk meningkatkan keselamatan setelah berlakunya beberapa kejadian serangan oleh penunggang motosikal ketika berlari di waktu pagi.

Menurut laporan The Star, beberapa wakil daripada kelab-kelab larian di sekitar Kuching telah mengadakan sesi dialog dengan pihak polis.

Azizul Razak dari Cerava Running Crew berkata salah seorang daripada ahli kumpulan larian telah diserang dengan penyapu dari belakang oleh seorang pembonceng motosikal ketika sedang berlari dengan tiga orang rakannya di Jalan Lumba Kuda pada jam  5pagi, Disember 10.

ceravarunningcrew--1515773997342

“Mereka tidak dapat melihat siapa yang menyerang mereka kerana keadaan yang gelap.”

“Kami mendengar banyak kejadian yang sama berlaku setiap hujung minggu. Sekarang, ramai pelari yang takut untuk membuat larian pagi,” katanya lagi selepas sesi dialog.

ceravarunningcrew--1515774054521

Ketua ACP Kuching, Abang Ahmad Abang Julai berkata rondaan polis akan dipertingkatkan di kawasan serangan, di mana dua lagi laporan serangan telah dibuat. Beliau menasihati para pelari agar berlari secara berkumpulan dan memakai pakaian yang mempunyai ciri keselamatan ketika menjalankan latihan berlari.

Sumber: The Star
Foto: Cerava Running Crew IG

Check Also

Eliud Kipchoge Bakal Bersaing dalam Acara 10K di Amazing Thailand Marathon Bangkok Disember ini

Share this on WhatsApp Tahukah anda Eliud Kipchoge, pelari marathon legenda bakal kembali ke dunia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!