Home / Artikel Menarik / Nashata Lancar Balaclava Wanita – RAAZNIQ

Nashata Lancar Balaclava Wanita – RAAZNIQ

nashata_balaclava_raazniq_002

Nashata, jenama aktif muslimah tempatan yang sedang menempa nama di arena antarabangsa kini melancarkan satu produk baru yang diberi nama RaazNiq.

RaazNiq adalah sarung kepala balaclava boleh melindungi muka dan leher anda daripada sinaran matahari, angin, debu, kedinginan dan pencemaran. Ia juga melindungi dan menutupi kepala dan rambut dengan selamat.

nashata_balaclava_raazniq_003

Ia direkacipta sebagai solusi kepada penggemar aktiviti luaran yang terdedah kepada sinaran matahari dalam tempoh yang lama. Rekaannya ringkas dan pendek – kombinasi tudung dan niqab. Terdapat dua cara pemakaian iaitu untuk menutup kepala dan leher sahaja atau sekali gus menutup pipi, hidung atau mulut.

Diperbuat daripada fabrik kualiti tinggi yang ringan, telus udara serta cepat kering, RaasNiq sesuai dipakai untuk kegunaan luaran seperti larian ultramarathon, berbasikal, trekking, pendakian gunung dan aktiviti luaran yang lain.

nashata_balaclava_raazniq_004

Buat masa ini RaazNiq boleh didapati dalam warna hitam sahaja.

Dapatkan RaazNiq dengan harga pengenalan RM39.00 di www.nashata.com

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!