Home / Berita Terkini / MILO® Semarakkan Sokongan Buat Negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

MILO® Semarakkan Sokongan Buat Negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Milo Sea Games 2

Kuala Lumpur, 21 Julai 2017 – Ketika rantau ini menumpukan perhatian kepada Malaysia sempena Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, MILO® mengumumkan sokongan mereka untuk temasya sukan berprestij ini dengan pelancaran kempen #BersatuKitaTeguh.

Kempen ini bertujuan menyatukan negara dan mengajak warga Malaysia bersama-sama memberikan sokongan untuk ahli sukan Malaysia, termasuk Juara-juara MILO – Nur Dhabitah Sabri, Syakila Salni, Welson Sim, Felicia Mikat, Nur Izzati Yaakob, Abdul Latif Romly, Ng Eain Yow, dan Joel Van Huizen. Kempen ini akan menjadi saluran sokongan untuk atlet-atlet ini, menggalakkan warga Malaysia berkongsi mesej-mesej positif dan kata-kata yang membina untuk menyemarakkan semangat ahli sukan kita dalam temasya sukan ini.

MILO telah menjuarai sukan-sukan di Malaysia lebih dari 60 tahun, dengan sumbangan terhadap pelbagai inisiatif termasuk melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). MSSM telah memainkan peranan penting dalam membantu atlet-atlet muda menyerlahkan potensi sukan mereka, membolehkan mereka mengasah bakat dan keupayaan, sambil membuka pintu bagi mereka mewakili negara di arena sukan antarabangsa. Sebahagian daripada juara-juara MILO lahir dari MSSM, dan terus cemerlang dalam sukan dan karier mereka.

Milo Sea Games 1

“MILO® akan terus komited terhadap perkembangan sukan, yang sangat penting dalam menanamkan nilai-nilai hidup seperti kesungguhan, dedikasi, dan kerjasama. Kami berhasrat untuk terus menjadi penggalak prinsip-prinsip ini dengan #BersatuKitaTeguh, membawa semua rakyat Malaysia bersama-sama menyokong atlet-atlet kita di Kuala Lumpur 2017,” ujar Cik Philomena Tan, Pegawai Perniagaan Eksekutif, Unit Perniagaan MILO®, Nestlè Malaysia.

Pengukuhan dan inspirasi positif merupakan pemacu yang berkesan. Sebagai salah satu carauntuk menggalakkan warga Malaysia menyemarakkan semangat atlet kebangsaan untuk Kuala Lumpur 2017, MILO mengajak para peminat dan penyokong menggunakan media sosial dengan menggunakan #BersatuKitaTeguh di Instagram dan Twitter. Ini pasti membantu atlet-atlet yang sememangnya menggalas tugas berat untuk memberikan persembahan terbaik.

“Dengan #BersatuKitaTeguh, kami menyeru warga Malaysia untuk bersatu dan menjadi sumber inspirasi untuk atlet-atlet negara – memberikan mereka tenaga untuk pergi lebih jauh ketika mereka memerlukannya. Ia sebagai satu peringatan yang kita lebih kuat berdiri bersama sebagai satu negara, bila kita bersatu ke arah kecemerlangan, tambah beliau lagi

Untuk maklumat lanjut tentang, sila lawat www.milo.com.my

Check Also

LAZADA RUN Terima Sambutan Menggalakkan dengan 8,000 Peserta

Share this on WhatsApp Cyberjaya, 16 Julai 2023 – Acara Lazada Run yang julung kali …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!