Home / Berita Terkini / MILO® Semarakkan Semangat Sukan dengan Larian Obor Kuala Lumpur 2017

MILO® Semarakkan Semangat Sukan dengan Larian Obor Kuala Lumpur 2017

BersatuKitaTeguh_Milo_002

Kuala Lumpur, 1 Ogos, 2017 – MILO, minuman rasmi malt coklat untuk Kuala Lumpur 2017, mengukuhkan lagi sokongan untuk Sukan SEA ke 29 dan Sukan Para ASEAN ke 9 dalam satu upacara Larian Obor Kuala Lumpur (KL) 2017 di Nestlé (Malaysia) Berhad, Mutiara Damansara. Larian Obor yang ikonik ini menyusuli pelancaran kempen MILO #BersatuKitaTeguh yang dilancarkan baru-baru ini.

Larian Obor ini telah berlangsung di seluruh Malaysia sejak bulan Mei 2017 sebelum upacaranya di Nestlé Malaysia. Ini merupakan salah satu hentian terakhir sebelum destinasi terakhir di upacara pembukaan KL2017 pada 19 Ogos 2017.

BersatuKitaTeguh_Milo_003

Upacara ini adalah deklarasi komitmen sukan dan sokongan daripada MILO yang berterusan serta bertujuan untuk menunjukkan semangat perpaduan yang diwakili oleh para pelari yang membawa obor. Obor ini dibawa oleh individu-individu yang memainkan peranan penting dalam perkembangan MILO dan sukan di Malaysia, daripada pekerja yang telah lama berkhidmat, hinggalah kepada wira-wira sukan Malaysia dari pelbagai lapisan.

“Api obor yang membara adalah simbol semangat kami terhadap sukan, dan kami mengajak seluruh negara untuk sama-sama memberi semangat kepada atlet-atlet kita yang akan bertanding di KL 2017 yang akan datang. Larian ini juga disertai oleh individuindividu yang telah membantu menjayakan MILO sebagai suatu jenama minuman yang bukan sahaja digemari oleh rakyat Malaysia tetapi juga telah melahirkan generasi juara sejak dari dulu lagi.,” kata Cik Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Nestlé Malaysia.

BersatuKitaTeguh_Milo_004

Setiap pembawa obor telah berlari sejauh 500m, dan antara pembawa obor termasuklah :

1. Mohd Nasir Bin Abd Kadir, Operator Promosi Luar, mewakili Abang MILO Malaysia yang disayangi. Beliau telah menggembirakan murid-murid sekolah dengan menyediakan minuman MILO yang lazat dan berkhasiat daripada MILO trak pada harihari sukan sekolah di seluruh negara selama 35 tahun.

2. Ismail Bin Mohd Dali & Norhisham B Mat Salleh, Bahagian Pengeluaran Produk, Kilang MILO Nestlé Malaysia di mana mereka memainkan peranan penting dalam menyelia pengeluaran produk MILO, masing-masing selama 40 tahun dan 24 tahun, dan sentiasa memastikan warga Malaysia menikmati MILO yang paling bermutu, lazat dan berkhasiat. Komitmen dan dedikasi mereka sepanjang tempoh itu telah menjadikan MILO sebagai jenama yang dikenali hingga ke hari ini.

3. Ng Ping Loong, Pengurus Pemasaran Sukan, telah bersama pasukan MILO selama 33 tahun. Beliau adalah antara individu penting yang telah membantu MILO menyemai atlet-atlet muda dan berbakat melalui Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) dan beliau juga telah menyaksikan ramai wira-wira Malaysia cemerlang sepanjang karier sukan mereka. Ng Ping Loong juga telah mengikuti dan menyokong atlet-atlet Malaysia dalam pelbagai sukan di seluruh dunia, sepanjang tempoh beliau berkhidmat bersama MILO.

4. Datuk Marina Chin, Ketua Kontinjen KL 2017  Diiringi oleh: – M. Kumarasen, bekas pelumba basikal Malaysia – Dato’ Mirnawan Nawawi, bekas pemain hoki Malaysia – Robin Ho, bekas atlet Wushu Malaysia

5. Joel Van Huizen, Pemain Hoki Malaysia  Diiringi oleh:  Diana Bong, Atlet Wushu Kebangsaan

6. Yasshmita Jadish Kumar, Tunas Harapan Puteri MSSM, and Joachim Chuah Han Wen, Tunas Harapan Putera MSSM – dua bintang harapan Malaysia di arena skuasy, yang merupakan sebahagian daripada atlet MSSM sepanjang 5 tahun yang lalu. Mereka disertai oleh kumpulan atlet-atlet muda Malaysia, yang akan bertanding dalam Sukan SEA 2017 buat pertama kalinya.

7. Cik Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Nestlé Malaysia

BersatuKitaTeguh_Milo_005

Upacara Larian Obor ini juga merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan MILO dalam memperjuangkan perkembangan sukan selama lebih 60 tahun melalui kerjasama dan usaha-usaha seperti MSSM. Ia menyediakan pentas untuk golongan muda mencari
potensi sukan mereka, mengasah bakat dan keupayaan, sambil mempelajari tentang nilainilai sukan seperti kerjasama, ketabahan dan perpaduan.

Dengan semangat itu, MILO memberi inspirasi untuk seluruh negara supaya bersama-sama menyokong olahragawan dan olahragawati kita di KL 2017 dengan mesej-mesej positif dan kata-kata semangat untuk membantu mereka memberikan persembahan terbaik. Para peminat dan penyokong ahli sukan negara boleh memberikan sokongan mereka melalui media sosial Instagram dan Twitter dengan #BersatuKitaTeguh atau #StrongerTogether.

BersatuKitaTeguh_Milo_001

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.milo.com.my

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!