Home / Artikel Menarik / MERRELL Lancar Kempen NATURE’S GYM

MERRELL Lancar Kempen NATURE’S GYM

Merrel_Nature_Gym_005

Merrell, jenama kasut prestasi outdoor antarabangsa melancarkan kempen Nature’s Gym – satu gerakan untuk menggalakkan lebih ramai orang menjadikan alam semulajadi sebagai gimnasium atau tempat bersenam.

Merrel_Nature_Gym_006

Dengan kerjasama Original Bootcamp Malaysia (OBC), kempen tersebut telah dilancarkan dengan aktiviti kecergasan bootcamp di Dataran Petaling Jaya bersama media dan tetamu jemputan.

Merrel_Nature_Gym_001

Dipimpin oleh pelatih yang brpengalaman, para jemputan berpeluang untuk mencuba kasut-kasut terbaru dalam kempen ini untuk aktiviti bootcamp seperti bodyweight drills, senaman tali & soft medicine balls, berlari serta high intensity interval training (HIIT).

Merrel_Nature_Gym_003

Merrell Malaysia dan OBC juga sedang merancang untuk mengadakan satu siri senaman bootcamp luar rumah PERCUMA untuk orang ramai tidak lama lagi. Sesiapa yang berminat, sila ikuti laman Facebook Merrell Malaysia untuk mendapatkan maklumat terbaru.

Merrel_Nature_Gym_002

Dalam kempen Nature’s Gym, Merrell menampilkan satu rangkaian kasut yang direkacipta khas untuk kegunaan senaman luar rumah. Tanpa mengira apa jua rupa bentuk bumi, kasut-kasut ini membolehkan si pemakai “merasai” permukaan yang yang dipijak.

Merrel_Nature_Gym_004

Nature s Gym POST EVENT PR-page-003

Merrell Trail Glove 4

FIT: The Trail Glove 4
Kasut denai “barefoot” Trail Glove yang laris di pasaran telah direka-semula dengan gaya yang minima untuk prestasi maksima. Kasut ini mendakap kaki seolah-olah memakai stoking dan dilapik dengan tapak Vibram® untuk memberikan kusyen yang ringan. Kasut Trail Glove 4 bakal dipasarkan di bulan Oktober of 2017, dengan harga RM459 sepasang.

Merrell Bare Access Flex

RUN: The Bare Access Flex
Kasut Merrell yang terbaru, Bare Access Flex direka untuk tujuan berlari. Kasut 0mm drop ini dilengkapi dengan teknologi FLEXconnect™ yang selesa tetapi masih membolehkan si pemakai “merasai” permukaan tanah yang dipijak.

Teknologi FLEXconnect™ yang menampilkan tumit Hyperlock™, satu ciri keselamatan yang berfungsi ketika bergerak menuruni cerun atau selekoh yang tajam. Tapak tengah (midsole) direka dengan alur lentur (flex groove) dwi-arah untuk stabiliti dan agiliti. Tapak luarnya tahan lasak memberikan cengkaman yang mantap ke atas permukaan tanah.

BareAccess Flex bakal dipasarkan di bulan Oktober dengan harga RM359 sepasang.

Merrell Agility Peak Flex

TRAIL: The Agility Peak Flex
Kasut Agility Peak Flex adalah kasut denai yang juga menampilkan teknologi FLEXconnect™ untuk kusyen, fleksibiliti dan perlindungan kaki ketika di dalam denai. Ia direka untuk larian yang jauh dan permukaan denai yang teknikal. Ia juga dilengkapi dengan gaiter yang tersedia untuk mengelakkan batu atau kotoran memasuki kasut. Kasut ini boleh didapati sejak bulan September 2017 dengan harga RM469 sepasang.

Ikuti akaun media sosial Merrell:
Facebook: www.facebook.com/merrellmy
Instagram: @merrellmy

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!