Home / Artikel Menarik / Langkah Lebih Berprestasi: Under Armour Perkenal Koleksi UA Halo di Malaysia

Langkah Lebih Berprestasi: Under Armour Perkenal Koleksi UA Halo di Malaysia

Kuala Lumpur, 23 Julai 2025 – Jenama sukan global Under Armour kini melancarkan koleksi kasut terbaharu mereka, UA Halo, di Malaysia—menampilkan rekaan yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga berfungsi untuk menyokong prestasi harian. Dengan inspirasi daripada keseimbangan dan harmoni, UA Halo direka untuk memberikan rasa yakin dan selesa setiap kali melangkah.

Majlis pelancaran yang berlangsung di REX KL dimulakan dengan larian komuniti sejauh 5KM bersama duta dan pencipta kandungan seperti Alif Muhaimin, Newwwian, Nurul Najiha, Iman Ali dan ramai lagi—semuanya tampil bergaya dengan kasut UA Halo. Acara diteruskan dengan parti selepas larian yang meriah, lengkap dengan paparan visual interaktif, sudut foto futuristik, dan ”makmal larian” untuk para tetamu mencuba sendiri kasut tersebut.

Alif Muhaimin menyertai Cabaran Shuttle Run

Nurul Najiha mencuba kasut UA Halo Racer di atas treadmill.

Rekaan Pintar, Prestasi Hebat: Apa Yang Buat UA Halo Lain Daripada Yang Lain

UA Halo membawa pendekatan rekaan baharu dengan logo dua lengkung ikonik Under Armour yang kini menjadi sebahagian daripada struktur kasut itu sendiri. Bukan sekadar hiasan, elemen ini membantu meningkatkan kestabilan dan sokongan, menjadikan setiap langkah lebih mantap dan seimbang.

Digabungkan dengan teknologi HOVR+, kasut ini menawarkan pulangan tenaga yang tinggi dan penyerapan hentakan yang unggul—sesuai untuk mereka yang aktif dan sentiasa bergerak.

Kenali Rangkaian Kasut UA Halo

UA Halo Racer (RM749)
Dicipta untuk kelajuan dan respons pantas, Racer sesuai untuk pelari harian yang mahukan rasa ringan dan bertenaga. Dengan HOVR+ dan sokongan lengkung berganda, setiap langkah terasa lebih efisien dan bertenaga.

UA Halo Runner (RM599)
Untuk keselesaan maksimum dan fleksibiliti, Runner menawarkan pengalaman larian yang stabil dan selesa—ideal untuk mereka yang gemar berlari jarak jauh tanpa kompromi.

UA Halo Trainer (RM529)
Direka khas untuk aktiviti gim dan latihan silang, Trainer hadir dengan bahagian atas yang kemas dan sokongan struktur yang kukuh. Sesuai untuk mereka yang tak pernah putus asa—kerana set terakhir itulah yang mencipta perubahan.

Larian Untuk Semua: Kempen “I Run but I’m Not a Runner”

Sempena pelancaran ini, Under Armour turut memperkenalkan kempen “I Run but I’m Not a Runner (Saya Berlari Tapi Bukan Pelari)”, yang mengetengahkan individu dari pelbagai latar belakang yang menjadikan larian sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka. Dari jurulatih spin Aisyah Zakir hingga seniman visual Najmi Ariffin, setiap personaliti menunjukkan bagaimana UA Halo melengkapi rutin harian mereka.

(Dari kiri) Emcee Shakeel Umar, Najmi Ariffin & Ahmad Luqman

Ketersediaan

Koleksi UA Halo kini boleh didapati di semua butik Under Armour seluruh negara dan secara dalam talian di underarmour.com.my, dengan pilihan warna terpilih. Sama ada anda mengejar rekod peribadi atau sekadar menikmati larian pagi, UA Halo direka untuk kekal bersama anda—dalam setiap langkah, setiap cabaran.

Check Also

New Balance 1080 v15: Evolusi Kusyen Premium dengan Teknologi Infinion

Share this on WhatsApp New Balance sekali lagi mengangkat standard kasut larian harian premium dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!