Home / Berita Terkini / Barisan Pacer Elit KLSCM 2025 Sedia Beraksi, Disokong Sepenuhnya oleh ASICS

Barisan Pacer Elit KLSCM 2025 Sedia Beraksi, Disokong Sepenuhnya oleh ASICS

Kuala Lumpur, 16 Ogos 2025 – Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025, acara larian terkemuka di Malaysia, telah mengumumkan barisan pacer rasmi yang akan memimpin peserta dalam tiga kategori utama: Pantai KL 10KM, ASICS Half Marathon, dan Full Marathon. Pasukan pacer ini berperanan penting bukan sahaja untuk membantu pelari mencapai masa sasaran, tetapi juga untuk memberikan motivasi dan sokongan sepanjang perlumbaan.

“Kami komited untuk menyediakan barisan pacer terbaik dan telah memilih pelari-pelari berpengalaman melalui proses penilaian yang ketat. Kami percaya kumpulan pacer tahun ini memiliki ketahanan mental, semangat, dan dedikasi untuk memimpin serta membantu para pelari mengekalkan rentak mereka,” kata Rainer Biemans, Pengarah Projek KLSCM. Beliau turut merakamkan penghargaan atas komitmen dan kesediaan semua pacer KLSCM 2025.

Boon Tib Soom Nik, Pengurus Negara ASICS Malaysia, menekankan peranan pacer yang lebih mendalam. “Pacer KLSCM adalah lebih daripada sekadar penjaga masa; mereka adalah penggerak komuniti yang menginspirasi dan menyokong pelari. Kehadiran mereka selari dengan misi kami untuk menggalakkan aktiviti fizikal demi kesejahteraan mental yang lebih baik, di samping memperkukuh komitmen kami terhadap pembangunan komuniti larian di Malaysia.”

Kelengkapan Khas untuk Pacer Demi Prestasi Optimum

Setiap pacer akan dilengkapi dengan pakaian larian eksklusif dari ASICS yang direka khas untuk keselesaan dan prestasi. Singlet berwarna Tai-Chi Yellow yang diperbuat daripada 100% poliester kitar semula memberikan pengudaraan terbaik, manakala jahitan bahu yang direka ke hadapan mengurangkan geseran. Singlet ini dipadankan dengan seluar pendek ringan ASICS yang direka untuk aliran udara dan mobiliti optimum.

Pacer juga boleh memilih daripada tiga model kasut prestasi terkini ASICS — NOVABLAST™ 5, GEL-KAYANO™ 32, atau GEL-NIMBUS™ 27 — yang menawarkan kusyen, sokongan, dan responsiviti mengikut gaya larian individu. Untuk perlumbaan, pacer turut dilengkapi dengan kasut super trainer terkini, ASICS SONICBLAST™, yang menggabungkan teknologi canggih seperti FF TURBO™, FF BLAST MAX™, dan ASTROPLATE™ untuk memberikan pulangan tenaga yang responsif dan keselesaan terbaik.

Kasut Lari ASICS Sonicblast

Kesemua kelengkapan ini memastikan setiap pacer dapat fokus sepenuhnya pada tugas mereka, memberikan pengalaman larian yang lancar dan selesa dari permulaan hingga ke garisan penamat.

Pasukan pacer KLSCM 2025 yang terdiri daripada pelari berpengalaman ini dijangka akan menjadi sumber inspirasi utama kepada semua peserta. Dedikasi mereka mencerminkan kekuatan komuniti larian tempatan dan kesediaan untuk membantu pelari lain mencapai matlamat mereka dalam marathon terbesar ini.

Barisan Pacers Standard Chartered Full Marathon

Senarai Pacers Full Marathon

  • 3 jam 45 minit – Koo Jia Zhen dan Sham Kai Leong.
  • 4 jam – Muhammad Shafik Bin Hamidon, Tan Ming Jie dan Muhammad Nafis Afiq Bin Abdul Kahar.
  • 4 jam 30 minit – Chow Chee Choon, Fennie Poo Lai Kuen dan Ivan Koh Kean Giap.
  • 5 jam – Felicia Ho-Noecker Shok Heng, Mohd Zharif Asyraf Bin Ismail dan Raja Arman Alif Bin Raja Azizan Shah.
  • 5 jam 30 minit – Poon Wei Leng, Lee Boon Siong dan Celia Yan Lai Fun.
  • 6 jam – Ian Tang Yew Chung, Alsyakrin Rafwani Bin Mohamad Kamarudin dan John Lai Mun Choon.
  • 6 jam 30 minit – Saiful Azri Bin Abu Hasan Sazalli, Ernizuraini Binti Jismi dan Danny Yee Yan San.
  • 7 jam – Low Chooi Wan dan Emma Aaron.
  • 7 jam 15 minit – Abu Soffian Azzahari dan Chan Huey Ci.
Barisan Pacers ASICS Half Marathon

Senarai Pacers ASICS Half Marathon

  • 2 jam – Muhammad Hairiel Anuar Bin Mohd Zahari, Mike Pang Kah Hoe dan Lionel Lee San Loong.
  • 2 jam 30 minit – Muhammad Ikmal Fawwaz Bin Bahruddin, Lee Sze Yong dan Lee Woon Yin.
  • 3 jam – Syarah Husna Binti Nor Mohamad dan Lee Da Chuan.

Barisan Pacers Pantai KL 10km

Senarai Pacers Pantai KL 10km

  • 1 jam – Grace Tan Bee Yen dan Madeliene See.
  • 1 jam 15 minit – Roniy Nurdin dan Nazrul Azri Bin Razali.
  • 1 jam 30 minit – Athina Binti Zulkifli dan Simone Pan Siew Moy.
  • 2 jam – Mohd Suhairi Bin Zamri dan Mimi Noorzeela Binti Zulma.

Untuk maklumat lanjut tentang KLSCM, sila layari di www.kl-marathon.com/ dan ikuti laman media sosial di:

Check Also

7,000 Peserta Meriahkan Pos Malaysia Run 2025 di Stadium Merdeka

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 26 November 2025 – Lebih 7,000 peserta membanjiri Stadium …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!