Home / Artikel Menarik / Bolehkah Nike Pecahkan Catatan Masa Marathon Bawah 2 jam?

Bolehkah Nike Pecahkan Catatan Masa Marathon Bawah 2 jam?

nike-breaking-two

Untuk memecahkan catatan masa marathon di bawah 2 jam, seorang pelari perlu mengatasi rekod dunia iaitu 2:02:57 sebanyak 3%. Walaupun tampak mustahil, Nike akan cuba untuk melakukan memecahkan halangan tersebut dengan projek Breaking2; berpegang kepada taglinenya “Just Do It”.

Tiga pelari lelaki telah diberi tugas untuk menjadi orang pertama yang berjaya menamatkan sebuah acara marathon (42.195km) di bawah 120 minit. Rekod dunia marathon adalah 2:02:57 oleh Dennis Kimetto di Berlin Marathon pada tahun 2014.

Ini adalah apa yang kami ketahui tentang projek Breaking2 setakat ini:
(Kami akan mengemaskini artikel ini dengan maklumat yang bakal diterima)

SIAPA?
Perlumbaan ini akan menampilkan tiga protagonis utama. Mereka adalah pelari tajaan Nike iaitu — Eliud Kipchoge (Kenya), Lelisa Desisa (Ethiopia), and Zersenay Tadese (Eritrea).

Kipchoge adalah pelari marathon yang terbaik di dunia sekarang. Kipchoge telah menamatkan lapan marathon dan memenangi tujuh daripadanya, termasuk pingat emas Olimpik di Rio. Berdasarkan rekod, beliau adalah ayam tambatan dalam projek Breaking2.

Desisa adalah seorang pelari marathon yang konsisten, menamatkan marathon di atas podium sebanyak lima kali di acara perlumbaan World Marathon Major termasuk juara Boston Marathon di tahun 2013 dan 2015.

Tadese adalah pemegang rekod dunia untuk acara half-marathon. Beliau dikenali sebagai seorang pelari yang agresif di dalam arena dan catatan masa perbadi terbaik marathonnya adalah 2:10:41.

Mereka bertiga juga akan mendapat khidmat pacer oleh pelari-pelari terkemuka seperti Bernard Lagat, Stephen Sambu, Sam Chelanga, Andrew Bumbalough, Chris Derrick dan pelari-pelari Afrika Timur untuk mencipta rekod marathon bawah 2 jam.

BILA?
Perlumbaan akan diadakan pada Sabtu, 6 Mei pada pukul 5:45 pagi di Monza, Italy (Sabtu, 6 Mei, 12:45 tengahari Waktu Malaysia),

map-Mlogo_SQ_native_1600 (1)

DI MANA?
Perlumbaan akan berlangsung di trek Formula One yang digelar Autodromo Nazionale di Monza, Italy.
Laluan yang ditetapkan oleh Nike mempunyai jarak 2.4 kilometers, jadi pelari-pelari akan membuat lebih sedikit daripada 17 ½ pusingan.

Nike_Zoom_Vaporfly_Elite_JPEG_hd_1600

KASUT
Haruslah berjenama Nike! Mereka akan memakai kasut Nike Zoom Vaporfly Elite dengan Nike ZoomX midsole.

BAGAIMANA NAK TONTON?
Walaupun acara ini adalah tertutup kepada orang ramai, anda masih boleh saksikan live-streaming perlumbaan yang bakal dihoskan oleh Sal Masekela dan juga menampilkan komentari daripada atlet Nike seperti Paula Radcliffe, Craig Masback and Kevin Hart.

Ini adalah apa yang anda perlu tahu:

Daftar DI SINI untuk mendapatkan notifikasi atau peringatan untuk menonton acara Breaking2. Liputan siaran langsung akan bermula 15 minit sebelum mula perlumbaan.

Anda boleh menonton acara tersebut melalui dua platform media sosial Nike:
1) Nike’s Breaking2 landing page on Twitter: Anda tidak perlukan akaun Twitter atau login untuk menonton di sini. Oleh kerana Nike akan membuat kemaskini di sini, ia adalah saluran yang paling informatif dan gempak.

2) Nike’s Breaking2 Facebook page: Anda perlu login ke akaun Facebook untuk menonton livestream di platform ini. Jika anda terlepas, anda masih boleh menonton dan replay acara tersebut untuk masa seminggu selepas tamatnya perlumbaan.

Nike juga akan berkongsi saat-saat belakang tabir melalui @nike Instagram. Ikuti hashtag #Breaking2 dan tweet @nike serta #Breaking2Alerts untuk kemaskini acara tersebut. Anda juga boleh menggunakan emoji kasut Nike Vaporfly Elite di Twitter.

Saksikan juga documentari 
Perjalanan program Breaking2 akan diabadikan dalam sebuah dokumentari yang diterbitkan bersama dengan National Geographic.

Untuk maklumat lanjut tentang Breaking2, sila klik DI SINI.

Jangan lupa popcorn nanti!

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!