Home / Berita Terkini / Bintang Zumba FRANCESCA MARIA bakal jelajah Malaysia

Bintang Zumba FRANCESCA MARIA bakal jelajah Malaysia

_D7X7168

Kuala Lumpur, 1 Mac 2018 – Buat julung kalinya, Popcorn Studio Sdn Bhd akan menganjurkan Francesca Maria, Be Yourself Tour 2018 pada 24 hingga 25 Mac 2018 di Malaysia.

Bertemakan “Fitness, Zumba & Yoga Party”, acara ini bertujuan menarik minat orang ramai untuk mengamalkan cara hidup yang sihat melalui gabungan persembahan yang berbeza. Selain itu, ia juga bertindak memenuhi permintaan peminat dan pengamal zumba serta yoga yang semakin meningkat.

_D7X7255

Acara ini bakal menampilkan Francesca Maria, seorang artis rakaman, juru tari dan pelatih Zumba antarabangsa mengadakan persembahan selama 2 jam. Francesca Maria yang berasal dari Itali adalah satu-satunya artist yang menyanyi dan melatih Zumba pada masa yang sama. Dia telah mengeluarkan beberapa lagu bertema Zumba yang amat popular seperti lagu “Dale Dale”, “Zumba High” dan lagu terkini “The Bombay”.

Francesca1

Beliau sangat aktif menjelajah dan mengadakan persembahan di Amerika Syarikat dan Eropah dan mempunyai pengikut seramai 34 ribu orang di Instagram.

_D7X7265

Turut sama memeriahkan acara ialah persembahan artis cilik sensasi dari Filipina, John Philip Bughaw atau lebih dikenali sebagai Balang. Bakat luar biasa beliau dalam bidang tarian dan zumba ketika berusia 4 tahun tular dan berjaya menarik perhatian ramai sehingga beliau dijemput menjadi tetamu jemputan dalam program Ellen Degeneres Show sebanyak dua kali. Beliau juga diiktiraf sebagai tenaga pengajar Zumba di Zumba Instructor Convention 2016.

_D7X7181

Acara ini juga turut menampilkan pelatih Zumba tempatan dan luar negara yang mempunyai ramai pengikut.

Selain Zumba, Popcorn Studio juga menganjurkan “Yoga with Master Kamal”. Master Kamal adalah salah satu daripada 8 guru yoga terhebat di dunia dan berasal dari India Selatan. Master Kamal atau nama sebenar Sri Srinivas Suresh Kamal juga pengasas “Kri Yoga” dan “Andhra Ashtanga” dan mempunyai lebih kurang 40 tahun pengalaman dalam dunia Yoga.

Yoga_event_artwork

Program anjuran Popcorn Studio Sdn Bhd dengan kerjasama Erik Talent selama dua (2) hari ini akan diadakan di SJK (C) Shang Wu, Pulau Pinang (24 Mac 2018) dan HGH Convention Centre, Kuala Lumpur (25 Mac 2018). Tiket telah mula dijual pada 8 Januari 2018 dengan harga RM110 dan RM90 bagi pembelian secara pukal sebanyak 10 keping (minimum).

zumba_event_artwork_Penang_Main

zumba_event_artwork_KL_main

Selain itu, istimewa buat pembeli terawal, tiket boleh dibeli pada harga promosi iaitu RM98. Maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.vip.my.

Pastinya peminat Zumba dan Yoga tanah air tidak mahu ketinggalan menyaksikan acara yang menggabungkan satu persembahan berbeza buat peminat dan pengamal aktiviti kecergasan

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!