Home / Berita Terkini / KM Jadi RM – Desas-Desus Ganjaran Tunai Untuk Pelari Malaysia

KM Jadi RM – Desas-Desus Ganjaran Tunai Untuk Pelari Malaysia

Bagi komuniti pelari tegar, setiap bulan biasanya penuh dengan rutin yang sama—kasut makin haus, pingat penamat bertambah, stamina semakin mantap dan bakul baju kotor sentiasa penuh. Kini, desas-desus besar mula berlegar dalam industri kecergasan tanah air. Jika benar, rutin larian harian kita bakal berubah. 

Inspirasi Dari Korea Selatan

Tahun lalu (2025), beberapa institusi kewangan gergasi di Korea Selatan mencetuskan fenomena apabila memperkenalkan program ganjaran khas untuk pelari. Mereka yang menyertai program tersebut menyaksikan peningkatan dalam baki simpanan bank berdasarkan rekod larian bulanan. Langkah berani ini menjadikan aktiviti sukan bukan sekadar gaya hidup sihat, tetapi juga satu pengalaman baharu yang menguntungkan.

Kini, khabar angin mengatakan sebuah bank utama di Malaysia sedang merancang untuk membawa konsep sama ke sini.

Info awal yang mula tersebar:

Platform Digital: BiiB disebut-sebut sebagai tonggak utama projek ini.

Malaysia Bakal Jadi Perintis?

Jika benar, Malaysia mungkin menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan inisiatif berkonsepkan “berlari untuk meningkatkan simpanan”.

Untuk pelari yang mahu jadi antara yang terawal mengetahui perkembangan ini, BiiB kini membuka slot pendaftaran eksklusif. Daftar minat anda di: https://go.getbiib.com/KMRM_JOMKITALARI

#JomKitaLari – Selepas ini, larian kita bukan lagi sekadar memburu pingat penamat tetapi meningkatkan baki simpanan bank bagi setiap kilometer yang berjaya dikumpul. Adakah anda sudah bersedia?

Check Also

Kidslympic Kini Dikenali Sebagai KIDSNERGY, Cetus Gelombang Baharu Sukan Dan Kecergasan Generasi Muda

Share this on WhatsApp KUALA LUMPUR, 24 Jun – Landskap pembangunan sukan dan kesejahteraan kanak-kanak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!